Pages

Saturday, November 27, 2010

Nikah Kahwin Part 2

foto ihsan pakcik gugel
Okay..bila ada kawan yang mengomen topik sebelum ni, aku jadi makin semangat nak bercerita tentang nikah kahwin ni.

aku pernah attend satu majlis pernikahan yang sangat simple. baju nikah pakai yang kakak punya, hantaran pun tak terlalu banyak and it is sooooooooo sweet. sebab? simple tapi terasa BERKAT. yup. itu yang paling penting; BERKAT.

aku pun pernah attend satu majlis yang agak grand, dan masa aku pergi sehari sebelum majlis, aku sempat tengok pengantin dan family bertengkar over barang hantaran. oookay, that is soooooooo not right. sebabnye? pengantin nak yang simple, tapi maknye nak yang lagi cantik. oh. situ la silapnye. 

cuba kita renungkan balik, sepatutnya majlis nikah kahwin ni mengeratkan hubungan keluarga. yang mana jauh tu jadi dekat sebab bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai. tapi lain pulak yang jadi. itu belum masuk bab ada satu geng yang duk mengumpat kat belakang. itu tak kene, ini tak kene. warna tak cantik. alas meja tak cantik. pelamin takde. cadar buruk. baju tak lawa. tudung senget. sok sek sok sek.

that is soooo not cool.

oleh itu, berbaliklah kita semua pada tujuan asal pernikahan. sebab apa kita perlu bernikah? adakah untuk membazirkan duit pada majlis yang besar2? yes..tujuan adakan kenduri adalah untuk memberitahu pada semua yang kita dah bernikah tapi perlu ke kenduri 3 hari 2 malam? perlu ke kenduri sampai tumbang 4 ekor lembu?

untuk itu kawan-kawan, marilah kita bersama-sama fikir, muhasabah diri dan mengambil jalan u-turn untuk kembali kepada tujuan asal pernikahan. mungkin ada sesetengah ahli keluarga yang tak faham. kita yang faham ni, tolonglah memahamkan mereka. (pesanan untuk diri sendiri)

tak guna majlis grand gile sampai wat kat taman klcc kalau akhirnya nak bercerai-berai. untuk orang yang senang dapat duit takpelah. untuk orang yang kurang duit? haih~ satu kerugian...

**mungkin akan bersambung untuk part 3. siapa yang tahu, kan? :) **

2 ::sok sek:::

manueng said...

setuju~

SumaiyyahAbidah said...

(Tengah mood mengomen)
Ha....walaupun saya tak kawen lagi, tapi saya rasa ramai orang salah gunakan kenduri. Dah lari dari tujuan asal. Kenduri ni asalnya nak bagitau orang yang kita dah kawen. La ni dak. Dah jadi fashion show and semua jenis show... Hoho

 

Template by Best Web Hosting