Serasa aku, aku mula mendengar nama ini sewaktu Noh Hujan menyebut2 nama Fynn Jamal ketika dia memerlukan bantuan untuk anaknya yang ketika itu, perlu menjalani pembedahan jantung. Kemudian, Noh sekali lagi memberikan update tentang wanita ini, yang padaku ketika itu, entah siapa-siapa. Langsung tidak tergerak hati untuk cuba bertanyakan pada Google tentang siapa Fynn Jamal. Benar, langsung tidak pernah terlintas. Lalu nama itu sunyi begitu sahaja dari benak fikiranku.
Dan suatu hari, aku mula menerima kemaskini di newsfeed Facebook ku tentang video '150 Juta' yang liriknya ketika itu, aku rasakan, wah, ada sesuatu pada penulis lirik itu. Dan namanya, Fynn Jamal. Tapi rasa terujaku hingga di situ sahaja, setakat mencari video '150 juta' sahaja, dan bukan lagi pada siapakah gerangannya Fynn Jamal ini.
Sehinggalah ke suatu hari, pada malam yang aku sukar melelapkan mata, aku ralit melompat dari satu ke satu video di aplikasi Youtube di telefon ku. Hinggalah aku tiba pada video seorang perempuan, yang namanya Fynn Jamal. Lalu aku cuba menonton hampir semua video yang ada kaitan dengannya, dari mula dia bersajak puitis, berpuisi indah, bermadah sehingga ke video dia bersama anak terunanya, sang Arjuna.
Jatuh Cinta.
Sungguh, aku jatuh cinta pada puitis indah setiap garapan Fynn Jamal. Aku jatuh cinta pada setiap lantang dan benarnya suara yang dilaungkan Fynn Jamal dalam setiap sajak puisinya. Aku jatuh cinta pada setiap senyum dan tawa Fynn Jamal bersama sang Arjuna. Aku jatuh cinta pada setiap tamparan aku terima dalam senyap setiap kali aku mendengar dan menghayati setiap bait kata Fynn Jamal dalam madahnya.
Dan seperti sedia adanya aku, laju sahaja aku menjadi seorang pengikut setia seorang Fynn Jamal; di blognya, akaun instagram nya, akaun keek nya. Ya, aku jadi gila bila ada sahaja kata-kata Fynn Jamal yang terus mencucuk dada-dada yang selama ini diselimut bangga sang ego dunia. Aku jadi manusia yang mahu melompat gembira, terkinja bahagia bila saja Fynn Jamal meluahkan kata-kata yang mampu mematahkan sayap seekor helang yang sedang terbang tinggi dengan angkuh dan bangga.
Kak Fynn, I don't know if you're reading this, but I want you to know, you deserve all the respects because of every wonderful words you uttered, nor wrote. I wish I can be as bold as you, Kak Fynn. But I just know I couldn't. And you, you just amazingly stated everything that is impossible for me to say out loud. Kak Fynn buat segala yang lama terpendam dalam hati itu terluah tajam, namun tetap indah. Lembut, tapi tegas. Itulah guru yang sejati. Yes, Kak Fynn, you're a true teacher.
Kak Fynn gila.
Ya, Kak Fynn gila. Gila kerana entah mengapa hanya dengan kata-kata Kak Fynn itu, Kak Fynn mampu menyentuh berjuta hati yang mendengar suara Kak Fynn yang mendayu-dayu menuturkan tiap bait indah itu. Kak Fynn gila kerana telah membuat kami sama-sama jatuh gila menanti apa lagi kata-kata indah yang bakal lahir dari seorang Kak Fynn. Ya, Kak Fynn, kita semua gila! Gila kerana mampu berkongsi rasa, walaupun kita tidak pernah sekalipun terserempak atau berjumpa, apa lagi berkenal mesra bertepuk tampar. Hanya melalui alam maya sahaja, aku dan berjuta yang lain jadi gila kerana kegilaan Kak Fynn!
Tolonglah terus berkarya, kakak. Teruslah terus menyampaikan isi hati kami-kami yang tidak tahu menzahirkan apa yang dijeruk lama di dasar hati. Tolonglah untuk terus menjadi seorang yang hebat, Kak Fynn.
Sejujurnya, dengan sendiri dan tanpa paksa, ada rasa sayang dari diri ini, untukmu seorang kakak. Walau kita hakikatnya tidak pernah bersua, namun terasa amat dekat di hati. :)
Salam peluk cium untuk sang Arjuna. Teruslah menjadi inspirasi kami, Kak Fynn!
Sejujurnya aku,
Siti Fairuzniza bt Zainul Idris.
0 ::sok sek:::
Post a Comment