Pages

Friday, March 18, 2011

Apa yang orang kata...

gambar ihsan pakcik gugel. Terima kasih pakcik gugel kerana banyak membantu!
*****

Kalau makan banyak, dikata nak gemuk ke?
kalau makan sikit, dikata nak diet ke?

Kalau tidur banyak, dikata tak ada kerja nak buat.
kalau tidur kurang, dikata rajin gila. 

Kalau tak ada kerja, dikata pemalas.
kalau dah bekerja, ditanya gaji berapa.
kalau datang awal, dikata skema.
kalau datang lambat, dikata pengamal 'janji melayu'.

Kalau dah ada pakwe, dikata gatal.
Kalau takda pakwe, dikata tak laku.

Kalau belum bertunang, ditanya bila nak bertunang.
Kalau dah bertunang, ditanya bila nak kahwin.

Kalau belum kahwin, dikata tak elok menunggu lama-lama.
Kalau dah kahwin, ditanya nak dapat anak bila.

Kalau belum ada anak, dikata kurang kesuburan.
Kalau dah ada anak, ditanya bila lagi nak menambah.

Kalau belum menambah, dikata tak teringin ke menambah zuriat.
Kalau dah menambah tiga empat, dikata terlalu produktif.

Kalau diam, dikata bisu.
Kalau banyak bercakap, dikata minah kepoh.

Banyak lagi kalaunye.
Tapi kalau ikutkan mulut manusia, sampai mati pun takkan habis.
Sudahnya kita asyik ikut telunjuk orang lain.
itu lah..peduli sangat apa yang orang kata.

bukan tak payah ambil tahu apa yang orang kata.
Tapi kalau dah menyusahkan diri sendiri, siapa yang mengambil cara?

Akhirnya kita yang termakan kata.
Dek kerana terlalu mengikut aturcara manusia.

Apa kata kita serahkan pada Tuhan.
Bukankah Dia perancang sebaik perancang?

Tapi jangan lupa sisipkan usaha.
Tawakkal dan juga Doa.
Jika tidak, katalah apa pun kita manusia.
Semuanya hanya sia-sia.

3 ::sok sek:::

manueng said...

serba x kena...huhu

fairuzniza said...

faiz:
itulah..manusia..di mata dia serba tak kena. :)

manueng said...

layankan aje la diorg tu...huhu~

 

Template by Best Web Hosting