Pages

Tuesday, June 21, 2011

W Progress Part 6

Salam ols.

Sekarang mak makin fenin la ols. kat sekolah makin banyak mak nak kena siapkan. Wiken baru2 ni mak langsung tak sentuh apa-apa tentang majlis sebab mak nak kena siapkan buku report budak2 mak a.k.a Buku Adab. Tapi sempat jugakla mak merewang dengan bestie mak, Sarah ke JJ Bukit Tinggi n Cheras Selatan. Kononnya nak mencari sesuatu. Ada banyak, tapi tak berkenan. Kalau ada pun, kena tunggu gaji. @_@

Kenapa?

Bulan ni balik kampung memang banyak GILL spent kat sana. Tambah2 bila kos repair rumah nenek mak yang bakal jadik rumah mama+abah mak telan kos diluar jangkaan. So terpaksa mak dulukan duit yang simpan untuk majlis. Tapi takpe, InsyaAllah sementara menunggu bantuan fulus, sebarang persiapan haruslah ditangguhkan. ;p

Tapi sempat jugak mak beli sweets untuk tetamu kecik majlis mak nanti Selasa lepas. And sempat la jugak mak membuli adik mak mengisi sweets tu dalam paperbag yang mak rembat kat Giant USJ dulu tuh. Tapi takde la siapkan semua. Gila ko? ;p mak siapkan 1/4 je lah. Sekadar mengambil feel. hahahaha~



konon-konon teaser la ni. hahahaha~

Tapi Alhamdulillah jugak sebab semua barang dah siap dibeli. Surah Yassin untuk VIP pun dah selamat di chop semuanya. Tinggal lagi sireh junjung and pulut semangat je. Gile ke nak siapkan sekarang. Mau layu kecut abeh sireh tu. Pulut plak mau basi nak tunggu majlis. ;p yang itu kena tunggu di akhir garisan penamat la. hahaha~

InsyaAllah kalau takde aral, mak balik ke kampung awal bulan 7 ni untuk pilih lagi 2 pasang baju yang nak guna untuk bertandang and photoshoot tuh sekali ngan fitting terus. Baju Encik Tunang terpaksalah mintak saiz je sebab jauh nau kalau nak suruh dia balik tanah semenanjung ponn~ T___T

Alhamdulillah jugak borang nikah lelaki dah settle. Tinggal bahagian mak je. Bila tarikh? Nanti dah siap kad, mak tempek kat sini yekkkkk~ ;p

O ye, sebut pasal kad. Tadi dah dapat final draft from Kad Lestari. Itu pun sebab banyak kali mak kol tanya progress. Mesti depa dah boring dengar suara mak. ;p Maunye tak, mak kalau buleh nak kad tu siap before Ramadhan. Actually, future MIL mak yang request cenggitu. ;p

Oklah, sampai situ je dulu buat masa ni. *skema siot* Nanti apa2 hal mak apdet lagi. Mak nak pk lesson plan untuk kelas besok plak. ;p






p/s: mak neves sekarang ni. oh oh oh.

Sunday, June 12, 2011

W Progress Part 5

Salam ols.

Mak baru pulang dari kampung halaman terchenta hari Jumaat lepas. Alhamdulillah, macam yang mak pernah tulis dalam entry sebelum ni, mak nak setelkan beberapa perkara balik kampung, so itulah yang mak buat. Apa bendanya? Ini ha..

1) Persalinan Pengantin + Khemah
Ingat tak dalam entry W Progress 4, mak cakap mak booked kat Kapar? Mak cancelled nyah! ;p *okay, mak tau mak tak betul* haha~ even dah bayar security deposit, mak still cancel kan booking tu. Kenapa? Sebab mak ikut sayam mak, Cik Aimi Husna a.k.a mak punya berstfren yang nak kawen sama tarikh dengan mak tu gi butik pengantin kat Mahligai untuk tengok baju dia, mak belek-belek, mak ternampak baju persalinan tema yang mak nak. Mak pun menggatal try and guess what? It fit me perfectly! huhu. So lepas diskas dengan Mama and Encik Tunang, mak decide untuk amik dengan butik ini lah! Butik Mahligai Bridal.

The price is affordable. Bila mak datang dengan mama several days after mak tengok baju tuh, kami terus decide nak amik 1 pelamin (untuk bergambo je. mak tanak bersanding, nyah). Kami book sekali khemah kat situ. So dapat lah harga yang memuaskan hati. Disebabkan mak book pelamin, mak dapat 3 persalinan. So InsyaAllah mak akan pilih 1 persalinan untuk bertandang and 1 lagi untuk bergambo. ;p

Alhamdulillah selesai.

2)Borang Nikah
Alhamdulillah, borang Encik Tunang dah selamat sampai kat tempat yang sepatutnya. Encik Tunang kata dia proses dalam seminggu so next week baru dapat surat kebenaran berkahwin luar mukim tu. Tak kisahlah. Janji pihak dia dah selesai. Alhamdulillah. Pihak mak? Alhamdulillah jugak, mak dah amik dari Imam mukim kampung mak ni. Rupanya kat kampung kena amik borang nikah kat Imam. Mak ingat kat pejabat Agama macam kat Selangor ni. Rupanya tak. Mak gi Pejabat Agama dengan Aimi, and orang tu cakap kena amik borang kat Imam kampung.

So borang dah selamat diambil dan diisi separuh. Imam tu pesan hantar 2 minggu sebelum. Dia tak nak mak hantar awal-awal. Awal sangat katenye. Takpelah, janji dia dah maklum mak nak menikah tarikh tu. In the meantime, mak kena remind Tok Imam ni jugak, in case dia terlupa. :)

3) HIV test
Kalau kat Kelana Jaya ni, nak wat HIV test kena booking tarikh dulu. Selalu sangat penuh orang yang nak wat test tu. Mak takut jugak kat Kelantan cenggitu. Mak nak siapkan cuti sekolah ni bukan ape, mak tak nak ganggu kerja mak nanti. Takkan la mak nak amik CRK semata-mata nak wat HIV test kan? Sebab ada setengah tempat dia buat pagi je. Ada yang buat petang je. Even mak ni cikgu, kerja separuh hari tapi mak tetap tak nak tunggu lama-lama. Lagipun test ni valid 3 bulan kan? So sempatla mak simpan sampai tarikh nikah mak nanti. :)

Mak gi Hospital Tengku Anis tu dah jam 4 petang. Mak pegi niatnya nak tanya je prosedur nak wat HIV test kat situ. Tup tup abang tu bagi terus borang kat mak.Dan-dan time tu jugak wat HIV test. Masa nak tunggu result tu, sempat la jugak dengar pesan dari pakcik pegawai kesihatan tu tentang ilmu alam rumahtangga ni. :) Alhamdulillah, hari tu jugak selesai. :)

4) Kad Jemputan
Alhamdulillah, semalam dah selamat ditempah. Puas jugak mak ngan Encik Tunang nak pilih design. Tapi Alhamdulillah, cepat je kami decide nak yang mana, and terus je place order. So maybe dalam next week dapat draft, and mak nak finalise cepat2. Mak tak nak dapat kad time puasa. huhu

5) Barang Hantaran
A day before mak balik kampung, mak, Aimi, Haninah, and Encik Tunang pergi SOGO. Before this pun memang mak dah beli sikit2 barang hantaran tu, so masa kat sogo ari tu takdelah banyak sangat barang yang beli sebab almost everything dah setel. :) Alhamdulillah selesai.

So sekarang ni?

Banyak-banyak berdoa, semoga segalanya dipermudahkan! :)

Gambar?
Mak tak snap gambar la nyah. sorry. ^_^

Saturday, June 11, 2011

maaf memaafkan amalan mulia. :)

salam nyah sume.
mak mintak maaf lama tak apdet.
mak baru balik dari kampung.
nanti mak apdet cite baru.
banyak nokkk~

mak mintak sorry yek! :)

senyum.tak perlu kata apa-apa.
 

Template by Best Web Hosting