Pages

Tuesday, June 21, 2011

W Progress Part 6

Salam ols.

Sekarang mak makin fenin la ols. kat sekolah makin banyak mak nak kena siapkan. Wiken baru2 ni mak langsung tak sentuh apa-apa tentang majlis sebab mak nak kena siapkan buku report budak2 mak a.k.a Buku Adab. Tapi sempat jugakla mak merewang dengan bestie mak, Sarah ke JJ Bukit Tinggi n Cheras Selatan. Kononnya nak mencari sesuatu. Ada banyak, tapi tak berkenan. Kalau ada pun, kena tunggu gaji. @_@

Kenapa?

Bulan ni balik kampung memang banyak GILL spent kat sana. Tambah2 bila kos repair rumah nenek mak yang bakal jadik rumah mama+abah mak telan kos diluar jangkaan. So terpaksa mak dulukan duit yang simpan untuk majlis. Tapi takpe, InsyaAllah sementara menunggu bantuan fulus, sebarang persiapan haruslah ditangguhkan. ;p

Tapi sempat jugak mak beli sweets untuk tetamu kecik majlis mak nanti Selasa lepas. And sempat la jugak mak membuli adik mak mengisi sweets tu dalam paperbag yang mak rembat kat Giant USJ dulu tuh. Tapi takde la siapkan semua. Gila ko? ;p mak siapkan 1/4 je lah. Sekadar mengambil feel. hahahaha~



konon-konon teaser la ni. hahahaha~

Tapi Alhamdulillah jugak sebab semua barang dah siap dibeli. Surah Yassin untuk VIP pun dah selamat di chop semuanya. Tinggal lagi sireh junjung and pulut semangat je. Gile ke nak siapkan sekarang. Mau layu kecut abeh sireh tu. Pulut plak mau basi nak tunggu majlis. ;p yang itu kena tunggu di akhir garisan penamat la. hahaha~

InsyaAllah kalau takde aral, mak balik ke kampung awal bulan 7 ni untuk pilih lagi 2 pasang baju yang nak guna untuk bertandang and photoshoot tuh sekali ngan fitting terus. Baju Encik Tunang terpaksalah mintak saiz je sebab jauh nau kalau nak suruh dia balik tanah semenanjung ponn~ T___T

Alhamdulillah jugak borang nikah lelaki dah settle. Tinggal bahagian mak je. Bila tarikh? Nanti dah siap kad, mak tempek kat sini yekkkkk~ ;p

O ye, sebut pasal kad. Tadi dah dapat final draft from Kad Lestari. Itu pun sebab banyak kali mak kol tanya progress. Mesti depa dah boring dengar suara mak. ;p Maunye tak, mak kalau buleh nak kad tu siap before Ramadhan. Actually, future MIL mak yang request cenggitu. ;p

Oklah, sampai situ je dulu buat masa ni. *skema siot* Nanti apa2 hal mak apdet lagi. Mak nak pk lesson plan untuk kelas besok plak. ;p






p/s: mak neves sekarang ni. oh oh oh.

6 ::sok sek:::

StrewberiManis =) said...

ohhh cikgu kita nih makin sibuk ye
HEHE :)

kenduri bile?
jgn lupe jemput eh :)

fairuzniza said...

N: ha'ah la yang.makin bz.dah masuk tengah tahun memang banyak kije sket.huhu

kenduri bila? nanti kita tempek kad bila dah siap yek. :p mesti jemput munya.kalau dah dijemput,kena datangla yek.. :p

StrewberiManis =) said...

buleh aje, xde hal
tapi bila eh date tu?
nak mark dekat kalender siap2
takut n ada program lain,
clash pula
HEHE ;D

fairuzniza said...

n: insyaAllah nanti kita btau.tapi jangan risau,tak sama dengan ur date. :)

kadlestari said...

tak la. kami tak boring. malah rasa seronok ada costumer yg mengikuti progress kad kawin nye :)
terima kasih di ucapkan krn sudi menempah dgn kami dan percaya kami yg terbaik utk membuat kad kahwin cik :)
selamat pengantin baru >.<

fairuzniza said...

kad lestari: hehe.bimbang jugak tanya banyak kali kang orang boring. :p Thanks to the team,dah dapat kad last 2 days! Alhamdulillah! Terbaiklah korang sume! :)

 

Template by Best Web Hosting