Pages

Tuesday, September 27, 2011

Tanpa Tajuk 3

Dalam hati sunyi,
Di luar hingar.

Dalam hati bisu,
Di luar kecoh.

Dalam hati malap,
Di luar cahaya.

Dalam hati sirna,
Di luar sinar.

Dalam hati hitam,
Di luar putih.

Dalam hati menangis,
Di luar ketawa.

Dalam hati terguris,
Di luar tersenyum.

Dalam hati rindu,
Di luar benci.

Ah hati, mengapa sering bertelingkah dengan tubuh?
Sudah lelah melawan perit, sudah jemu berteman sakit.

Hati, izinkan aku bahagia!




-fairuzniza/270911/2032pm-

2 ::sok sek:::

Saiazuan said...

dalam hati siapa yg tahu?

fairuzniza said...

hanya diri sendiri dan DIA yang tahu. :)

 

Template by Best Web Hosting