Salam semua.
Beberapa hari yang lalu, aku dan beribu-ribu rakan sejawat digemparkan dengan penulisan blog seorang Cik Jurutera yang dengan lantang menyuarakan betapa kerjaya sebagai GURU atau CIKGU itu adalah kerja yang paling mudah dilakukan. Isunya masih sama, setelah bertahun-tahun, pemikiran skeptik orang-orang seperti Cik Jurutera itu masih lagi sama. Tidak lain, mereka mempersoalkan tentang ini:
- betapa kerja kami mudah sehingga kami hanya perlu bekerja dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang sahaja.
- betapa kerja kami mudah walaupun pendapatan yang kami terima adalah melebihi gaji yang diterima oleh orang lain.
- betapa kerja kami mudah kerana kami hanya perlu mengajar. Dalam erti kata lain, masuk ke kelas, arahkan murid untuk buat kerja, dan duduk.
- betapa kerja kami mudah kerana tugasan hakiki kami hanyalah mengajar.
- betapa kerja kami mudah kerana..ah, begitu banyak lagi tohmahan dan kata dusta yang kalian lemparkan pada kami.
Aku juga pernah terbaca di facebook, ada insan yang mempersoalkan tentang apakah keistimewaan CIKGU sehingga menerima wang saguhati ataupun BONUS beberapa hari sebelum Aidilfitri baru-baru ini. Kata insan tersebut, semoleknya bonus itu diberikan kepada dia dan rakan-rakannya; pekerja swasta kerana hakikatnya mereka lah yang membangunkan ekonomi negara, bukannya kakitangan awam yang hanya reti minum kopi sewaktu bekerja dan melambat-lambatkan kerja yang diberi. Aduh, terhiris hatiku ketika itu. Sehina itu kami pada pandangan kalian?
Mengapa nak dipersoalkan wang bonus yang kami dapat yang cuma setengah gaji sebulan kami sahaja? Anda belum cukup bersyukurkan menerima wang bonus sehingga 6 kali gaji bulanan anda? Sehingga ada rakan pernah bercerita dia pernah menerima wang bonus sehingga 8 bulan gaji. Wah, banyak tu! Cuba kita lakukan kira-kira; katakan gaji basic anda adalah RM2500. Didarab dengan 6 sudah menjadi RM15,000! Itupun anda masih lagi mempersoalkan wang bonus yang kami dapat; katakan basic kami sebanyak anda, kami hanya menerima RM1250. Banyak kan beza?
Tapi bersyukurlah sahabat, itukan rezeki yang telah tertulis buat kita? Janganlan kita sentiasa mempersoalkan tentang rezeki kerana itu semua datangnya dari DIA. Apakah kita terlalu hebat sehingga mampu mempersoalkan tentang rezekiNya?
Apa yang mampu aku katakan hanyalah, cubalah berada di dalam 'kasut' seorang guru. Cubalah, walaupun sehari, cuba mengajar 3 kelas Tahun 1 yang masing-masing mempunyai 35 orang murid, dengan setiap kelas selama sejam setengah. Cubalah dahulu. Kemudian baru anda layak bersuara tentang betapa mudahnya menjadi guru. Jika anda tidak pernah berada di sekolah sebagai seorang cikgu, kalau ada pun berada di sekolah sebagai seorang murid, janganlah dengan mudah mengeluarkan kata-kata itu.
Mungkin di dunia ini, amanah yang terpikul di bahu kami adalah sebagai cikgu sementelah amanah yang terpikul di bahu anda adalah sebagai seorang Jurutera, Doktor, Akauntan, Jurujual mahupun Surirumah. Walau apa pun amanah yang terpikul di bahu anda, lakukanlah dengan penuh ikhlas. Jangan dipersoalkan amanah orang lain kerana sekiranya amanah itu terpikul di bahu anda, belum tentu anda mampu untuk melakukannya. Sesungguhnya apa yang DIA berikan pada kita adalah setimpal dengan kelayakan dan kekuatan yang kita ada.
Wallahua'alam.
***
Lagi tentang cikgu:
Cikgu Bukan Sekadar Cikgu
Guru Kita Tak (dapat) Buat Kerja
Luahan #2
6 years ago
0 ::sok sek:::
Post a Comment