Duhai hati,
Maafkan aku.
Kerana terlalu sering membiarkan engkau dilanyak, dironyok, diranap dan dipijak.
Sehingga mati segala rasa.
Maafkan aku.
Kerana memilih jalan hidup yang sebegini.
Hingga memaksa engkau untuk mengendong segala luka yang diludah dengan paksa tanpa rela.
Maafkan aku.
Kerana masih lagi membiarkan kau derita terseksa.
Sehingga engkau meroyan merintih meminta segala simpati.
Maafkan aku, duhai hati.
Kerana hanya dengan jalan inilah, engkau menjadi sekuat teguh benteng perang sebuah negara yang digelar perasaan.
Maka kuatlah, duhai askar hatiku.
0037am, 09jun2013.