Pages

Sunday, June 02, 2013

Untuk seorang Adik.

Adik,
Besok kau akan ke depan.
Melangsaikan cita cita dan impian.
Menunaikan hasrat dan harapan.
Melunaskan hutang janji yang kau idamkan.

Adik,
Aku tidak reti berbahasa indah denganmu.
Apa lagi bermadah pujangga.
Jauh lagi bersajak puisi di hadapanmu.
Di depanmu, aku kaku, diam, kelu untuk berkata.

Tapi Adik,
Engkau seorang sahaja adik kandungku.
Sedarah, sedaging, berkongsi rahim yang sama.
Walau mulut ku seperti perempuan gila.
Walau kataku seperti sawan bicara,
Aku hanya mahu kau tahu, Adik.

Yang malam ini mata ku berat untuk terlelap.
Karena aku bimbang memikirkan tentang besok.
Aku runsing membayangkan besok.
Aku serabut.
Sumpah aku sasau teringatkan besok.

Karena selepas besok,
Bilik di hadapanku akan tiada penghuni.
Bilik di hadapanku akan mula sunyi.

Tapi aku tahu Adik,
Kau akan pulang ke rumah ini,
Bersama cita-cita yang telah termurni.
Dan menjadi kebanggaan kami dan famili.

Adik,
Jaga diri.
Jangan tinggal menyembah Ilahi.
Jangan gagal mengingat ILAHI.
Berhati-hati,
Apabila bertutur, bercakap dan bercerita bukan di tempat sendiri.

Sekeras mana pun hati aku, Adik.
Aku akan pasti merindu nanti.

Kakak ini sayangkan kamu, Adik.

Jaga diri.

3 ::sok sek:::

AishahAfzan Afzan said...

I wish i'll be ur adik too.. :(

fairuzniza said...

@aishahafzan : you already are, dik. :)

Norazlina Idris said...

Touching laaa

 

Template by Best Web Hosting