Tanpa isi.
Tanpa kemaskini.
Tanpa perapi.
Aku kembali.
Hanya kerna aku ingin kembali.
Titik.
I'm walking my own life. Maybe you should do the same.
Dicincang, dihiris, diracip, disiang hingga berkecai.
Ranap, hancur, lumat sehingga barai.
Tapi ah, masih lagi dia bangun berdiri.
Masih lagi gah walau berbalut sana sini.
Masih lagi hidup malah terus berani.
Selagi ia tidak membunuhku, aku masih bernyawa untuk semua ini.
Teruskan.
Fairuzniza|07072013
Duhai hati,
Maafkan aku.
Kerana terlalu sering membiarkan engkau dilanyak, dironyok, diranap dan dipijak.
Sehingga mati segala rasa.
Maafkan aku.
Kerana memilih jalan hidup yang sebegini.
Hingga memaksa engkau untuk mengendong segala luka yang diludah dengan paksa tanpa rela.
Maafkan aku.
Kerana masih lagi membiarkan kau derita terseksa.
Sehingga engkau meroyan merintih meminta segala simpati.
Maafkan aku, duhai hati.
Kerana hanya dengan jalan inilah, engkau menjadi sekuat teguh benteng perang sebuah negara yang digelar perasaan.
Maka kuatlah, duhai askar hatiku.
0037am, 09jun2013.
Template by Best Web Hosting