Pages

Showing posts with label ...to that very day. Show all posts
Showing posts with label ...to that very day. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

W Progress Part 8

Salam.

Sneak peek of some things. :)


The Baju Akad Nikah:



The Baju Bertandang:



The Shoes.

Kurang dari 40 hari ke lafaz itu.

Ooh La La.

Sunday, July 03, 2011

W Progress Part 7

Salam ols.


Alhamdulillah, mak dah terima surat kebenaran bernikah for pihak lelaki. So sekarang tunggu nak proceed belah mak punye jek. InsyaAllah kalau takde aral, dalam 2 minggu lagi mak balik kampung, so boleh la hantar borang mak tuh. :)



Tentang hantaran?

Kakak mak ada mms gambar yang digubah. Cantik! mak berkenan nokk. Nak tunjuk kat sini takleh la pulak sebab mak tak transfer pulak gambar tu dari nset mak. :) pape pun, insyaAllah selesai majlis akan diberikan review. *macam la ramai sangat baca blog ni*

Kad jemputan?

Setelah beberapa pembetulan dibuat, Alhamdulillah dah proceed untuk printing. Dalam masa seminggu atau dua minggu mak akan dapat kad tu. InsyaAllah by 1 Ramadhan atau ke atas, mak dah nak distribute kad. Nak? hihi. Sila drop your address ye? :)

Semalam mak ada pergi Mydin, kononnya nak beli tambahan surah Yassin untuk VIP bagi majlis yang akan diadakan di KL *insyaAllah*. Sayangnya surah Yassin macam yang mak beli ari tu tak ada..yang ada pun design lain. Kurrrang cantek sket dari yang mak beli mula2. So mak KIV dulu, mudah-mudahan Mydin stock up Surah Yassin dia dengan design yang hampir sama macam ari tu... *amin*

So sekarang? Sekadar menyiapkan mental dan fizikal. *macam nak gi campig pulak*. ;p masa semakin singkat, rasa macam tak ready pun adaaaaaa! T_T Ari tu mak kol encik Tunang, bagitau dia macam tak ready je. Dia kata "dah tu??" @_@

Tidak lupa untuk masih berbakti semaksima yang mungkin pada family terchenta. Lepas ni dah ada 2 families nak kena jaga! ^______^




*****a reminder for myself: Lebih kurang belanja sesebuah perkahwinan itu,lebih keberkatan yang dirasai.

Ya ALLAH,hindarilah aku dari perasaan nak berlebih-lebih dalam persiapan nikah kahwin ini.amin..

Tuesday, June 21, 2011

W Progress Part 6

Salam ols.

Sekarang mak makin fenin la ols. kat sekolah makin banyak mak nak kena siapkan. Wiken baru2 ni mak langsung tak sentuh apa-apa tentang majlis sebab mak nak kena siapkan buku report budak2 mak a.k.a Buku Adab. Tapi sempat jugakla mak merewang dengan bestie mak, Sarah ke JJ Bukit Tinggi n Cheras Selatan. Kononnya nak mencari sesuatu. Ada banyak, tapi tak berkenan. Kalau ada pun, kena tunggu gaji. @_@

Kenapa?

Bulan ni balik kampung memang banyak GILL spent kat sana. Tambah2 bila kos repair rumah nenek mak yang bakal jadik rumah mama+abah mak telan kos diluar jangkaan. So terpaksa mak dulukan duit yang simpan untuk majlis. Tapi takpe, InsyaAllah sementara menunggu bantuan fulus, sebarang persiapan haruslah ditangguhkan. ;p

Tapi sempat jugak mak beli sweets untuk tetamu kecik majlis mak nanti Selasa lepas. And sempat la jugak mak membuli adik mak mengisi sweets tu dalam paperbag yang mak rembat kat Giant USJ dulu tuh. Tapi takde la siapkan semua. Gila ko? ;p mak siapkan 1/4 je lah. Sekadar mengambil feel. hahahaha~



konon-konon teaser la ni. hahahaha~

Tapi Alhamdulillah jugak sebab semua barang dah siap dibeli. Surah Yassin untuk VIP pun dah selamat di chop semuanya. Tinggal lagi sireh junjung and pulut semangat je. Gile ke nak siapkan sekarang. Mau layu kecut abeh sireh tu. Pulut plak mau basi nak tunggu majlis. ;p yang itu kena tunggu di akhir garisan penamat la. hahaha~

InsyaAllah kalau takde aral, mak balik ke kampung awal bulan 7 ni untuk pilih lagi 2 pasang baju yang nak guna untuk bertandang and photoshoot tuh sekali ngan fitting terus. Baju Encik Tunang terpaksalah mintak saiz je sebab jauh nau kalau nak suruh dia balik tanah semenanjung ponn~ T___T

Alhamdulillah jugak borang nikah lelaki dah settle. Tinggal bahagian mak je. Bila tarikh? Nanti dah siap kad, mak tempek kat sini yekkkkk~ ;p

O ye, sebut pasal kad. Tadi dah dapat final draft from Kad Lestari. Itu pun sebab banyak kali mak kol tanya progress. Mesti depa dah boring dengar suara mak. ;p Maunye tak, mak kalau buleh nak kad tu siap before Ramadhan. Actually, future MIL mak yang request cenggitu. ;p

Oklah, sampai situ je dulu buat masa ni. *skema siot* Nanti apa2 hal mak apdet lagi. Mak nak pk lesson plan untuk kelas besok plak. ;p






p/s: mak neves sekarang ni. oh oh oh.

Sunday, June 12, 2011

W Progress Part 5

Salam ols.

Mak baru pulang dari kampung halaman terchenta hari Jumaat lepas. Alhamdulillah, macam yang mak pernah tulis dalam entry sebelum ni, mak nak setelkan beberapa perkara balik kampung, so itulah yang mak buat. Apa bendanya? Ini ha..

1) Persalinan Pengantin + Khemah
Ingat tak dalam entry W Progress 4, mak cakap mak booked kat Kapar? Mak cancelled nyah! ;p *okay, mak tau mak tak betul* haha~ even dah bayar security deposit, mak still cancel kan booking tu. Kenapa? Sebab mak ikut sayam mak, Cik Aimi Husna a.k.a mak punya berstfren yang nak kawen sama tarikh dengan mak tu gi butik pengantin kat Mahligai untuk tengok baju dia, mak belek-belek, mak ternampak baju persalinan tema yang mak nak. Mak pun menggatal try and guess what? It fit me perfectly! huhu. So lepas diskas dengan Mama and Encik Tunang, mak decide untuk amik dengan butik ini lah! Butik Mahligai Bridal.

The price is affordable. Bila mak datang dengan mama several days after mak tengok baju tuh, kami terus decide nak amik 1 pelamin (untuk bergambo je. mak tanak bersanding, nyah). Kami book sekali khemah kat situ. So dapat lah harga yang memuaskan hati. Disebabkan mak book pelamin, mak dapat 3 persalinan. So InsyaAllah mak akan pilih 1 persalinan untuk bertandang and 1 lagi untuk bergambo. ;p

Alhamdulillah selesai.

2)Borang Nikah
Alhamdulillah, borang Encik Tunang dah selamat sampai kat tempat yang sepatutnya. Encik Tunang kata dia proses dalam seminggu so next week baru dapat surat kebenaran berkahwin luar mukim tu. Tak kisahlah. Janji pihak dia dah selesai. Alhamdulillah. Pihak mak? Alhamdulillah jugak, mak dah amik dari Imam mukim kampung mak ni. Rupanya kat kampung kena amik borang nikah kat Imam. Mak ingat kat pejabat Agama macam kat Selangor ni. Rupanya tak. Mak gi Pejabat Agama dengan Aimi, and orang tu cakap kena amik borang kat Imam kampung.

So borang dah selamat diambil dan diisi separuh. Imam tu pesan hantar 2 minggu sebelum. Dia tak nak mak hantar awal-awal. Awal sangat katenye. Takpelah, janji dia dah maklum mak nak menikah tarikh tu. In the meantime, mak kena remind Tok Imam ni jugak, in case dia terlupa. :)

3) HIV test
Kalau kat Kelana Jaya ni, nak wat HIV test kena booking tarikh dulu. Selalu sangat penuh orang yang nak wat test tu. Mak takut jugak kat Kelantan cenggitu. Mak nak siapkan cuti sekolah ni bukan ape, mak tak nak ganggu kerja mak nanti. Takkan la mak nak amik CRK semata-mata nak wat HIV test kan? Sebab ada setengah tempat dia buat pagi je. Ada yang buat petang je. Even mak ni cikgu, kerja separuh hari tapi mak tetap tak nak tunggu lama-lama. Lagipun test ni valid 3 bulan kan? So sempatla mak simpan sampai tarikh nikah mak nanti. :)

Mak gi Hospital Tengku Anis tu dah jam 4 petang. Mak pegi niatnya nak tanya je prosedur nak wat HIV test kat situ. Tup tup abang tu bagi terus borang kat mak.Dan-dan time tu jugak wat HIV test. Masa nak tunggu result tu, sempat la jugak dengar pesan dari pakcik pegawai kesihatan tu tentang ilmu alam rumahtangga ni. :) Alhamdulillah, hari tu jugak selesai. :)

4) Kad Jemputan
Alhamdulillah, semalam dah selamat ditempah. Puas jugak mak ngan Encik Tunang nak pilih design. Tapi Alhamdulillah, cepat je kami decide nak yang mana, and terus je place order. So maybe dalam next week dapat draft, and mak nak finalise cepat2. Mak tak nak dapat kad time puasa. huhu

5) Barang Hantaran
A day before mak balik kampung, mak, Aimi, Haninah, and Encik Tunang pergi SOGO. Before this pun memang mak dah beli sikit2 barang hantaran tu, so masa kat sogo ari tu takdelah banyak sangat barang yang beli sebab almost everything dah setel. :) Alhamdulillah selesai.

So sekarang ni?

Banyak-banyak berdoa, semoga segalanya dipermudahkan! :)

Gambar?
Mak tak snap gambar la nyah. sorry. ^_^

Wednesday, May 18, 2011

W Progress Part 4

Alhamdulillah, baju untuk majlis dah siap booked. Before this, mak booked kat seksyen 7 shah alam. tapi bila pk2 balik, baju tu macam terlalu menampakkan body mak yang tak berapa nak cantik ni. so mak ajak My MoM temankan pergi tengok baju kat Klang. jatuh cinta pandang pertama, n terus book.

duit booking yang pertama? haruslah hangus. ;p

tapi total sewa baju+veil untuk bertandang+bantal akad nikah kat klang compared to total sewa baju+bantal nikah kat shah alam + duit booking yang burnt, lagi kurang dari jumpah sewa baju kat shah alam! wohooo~ maunye mak tak excited nokkk~ ;p


baju akad nikah+bertandang dah selamat di tangan tailor (bukan tailor swift ye). InsyaAllah, by the end of this month dapatla baju2 tu sume. baju si lelaki pun Alhamdulillah, dah selamat di tangan tailor nye di Sarawak sana.

barang sisa semua dah setel, tinggal lagi nak beli sweets untuk isi dalam bag. yang tu kena tunggu few weeks before kenduri la. takut kang cair. ;p

sekarang?

tengah tunggu balik kelatam bulan 6 nih untuk setelkan benda2 ni:

1) sewa kanopi
2) booking lauk mentah
3) cari team memasak
4) kad kawen-mak nak yang katun. maklumla, cikgu darjah 1 kan? ;p
5) beli baki barang hantaran yang tinggal
6) paling penting- setelkan borang nikah! ;p

and buat masa ni, dengan besungguh-sungguh siapkan tudung akad nikah. beli yang siap je, takdela macam orang lain yang siap tempah2 khas bagai. mak beli siap kat hajra, pastuh tambah manik je. ;p

teaser:
gewdix tak? orang lain sibuk wat teaser, mak pun nak join sama. auww~

till then, jumpa lagi nokk~ ;p

Thursday, April 07, 2011

W Progress Part 3-pictures updated. :)

Hari ini adalah hari yang sibuk...

...dan happy (sila lihat bagaimana wajah happy saya di atas. ;p )

Pulang dari sekolah, terus amik mama n abah, ke bank uruskan apa-apa yang patut dan sekaligus daftar untuk syer di bank Rakyat. mama cakap dividen nya 12%. betul? entahlah. mama suruh daftar. aku pun daftar. haha~

lepas tu, kami terus ke mydin. mencari-cari barang yang patut. dan aku selesaikan barang untuk sisa-surah Yasin untuk tetamu VIP. dapat dalam harga RM8 untuk 10 naskah. mahal or murah, aku dah tak dapat nak pk. @_@ dalm otak ni cuma ada rasa nak setelkan dengan cepat je.

habis di mydin, dalam perjalanan pulang, lalu pulak depan Giant USJ. orang heboh duk cakap situ SALE gila-gila. memang betul! ;p TV LCD Panasonic 32 inci adalah berharga RM900 sahaja! cepat pergi beli! Berjalan-jalan lagi, aku ternampak la bahagian barangan party yang dilelong. harga? satu untuk RM0.50 sahaja. ngehehe~

aku beli hiasan meja Kek wedding kertas. mula-mula amik 2, konon-konon untuk letak kat meja pengantin je. last2 amik 10! ;p

tapi bila jalan depan sikit lagi, aku godak2 timbunan barang tu, jumpa pulak paper bag kecik yang sangat KIUT! harga? mestilah RM0.50. ada 8 dalam 1 paket. kebetulan gula2 untuk tetamu kecil takde lagi. so aku pk, beli la sikit. mungkin untuk tetamu kecil yang datang awal. ;p tanpa sedar, tangan dah gali 30 paket paper bag tu. hasilnya, aku dapat 240 paper bags kecik untuk sweets, dengan harga RM15 sahaja. ngahaha~ suka? gila tak suka? ;p

gambar?

mak malas nak snap la nyah..nyah godek je la gugel cari gambar paper cake tu. rupa kek, tapi kertas. ;p paper bag tu pulak adalah kiut. nanti mak gajin, mak snap gambo n upload ye? :)

**updated 1004-mak dah upload gambo.kat bawah ni ha..**
ini kek kertas tu. gelap sket, mak malas nak gi dekat lampu. ;p
ini la paper bag kiut tuh. semalam mak gi lagi GIANT. mak sambar lagi 40! hohoho~

oklah, mak nak gi ngedate ngan danny messer plak. lupe nak bitau, mak intebiu SPP komis nih. doakan mak ye! ^_^

xoxo

Thursday, March 31, 2011

W Progress: Part 2

Alhamdulillah, kain untuk baju akad nikah dah selamat di tangan tailor. That is for my side. For his side, katanya nak hantar hujung minggu ni. Tailor di Sarawak sebab nak design Baju Melayu orang sana. We'll see how it turns out on that day nanti. :)

Ahad hari tu ke Nilai. cadangnya nak buat some surveys and all je. Tapi takkan dah sampai sana tak beli pape kan? Soooo..selamatlah beberapa paper bag untuk VIP, goody bags untuk jemputan, bunga telur, and kotak nak letak telur tuh.

Jalan-jalan lagi, ternampak bekas hantaran yang agak cantik dan murah. RM19.90 untuk 2 bekas. Haruslah aku beli terus. 8 bekas, and 1 par untuk letak pulut semangat.

Setel sikit. Persiapan awal untuk elakkan sebarang kecelaruan bila dekat tarikh tu nanti. Semua hantaran akan digubah oleh my kakak sulung, Along.

Oklah, nak gi hospital untuk MRI. mungkin bersambung lagi! ^___^

Sunday, March 27, 2011

W progress-Part 1

ohhhkay.

Alhamdulillah tarikh dah finalise. Sekarang dah boleh mula siapkan apa-apa yang patut.

Rancangan kami nanti, nak majlis yang simple-simple je. Tanak yang grand dan membuang duit. Checklist di sebelah adalah boleh digunakan nampaknya. Sekarang ni tak tau nak mula dari mana. Rasanya, first sekali, aku haruslah konfem mendaftarkan diri kat PAID Petaling. Yuran standard RM80, dan tempat dekat sikit dengan rumah aku. Tarikh? yang menjadi pilihan hati adalah pada 1 April-2 April. Harap-harapnye tak adalah program sekolah yang clash dengan tarikh kursus aku pilih ni.

Mau selesaikan yang itu dahulu.

Sementara tu, hantaran 1 aku dah beli. Aku plan nak beli 3 buku Ustaz Hasrizal 'Aku Terima Nikahnya', 'BErcinta hingga ke Syurga' dan 'Murabbi Cinta' kan? Alhamdulillah masa jalan-jalan di The Store Sungai Buloh hari tu, aku ternampak set hard cover kompilasi buku Ustaz Hasrizal nih. Apa lagi? Haruslah aku terus beli! Walaupun teringat kalau kat Pesta Buku bulan 4 nanti lagi murah, tapi ngenangkan entah bila aku nak pergi Book Fair tu, aku terus je beli. Alhamdulillah.

Sekarang masa untuk Survey dah bermula! Nak tunggu sale besar-besar untuk beli barang hantaran. Nak kena tengok berita selalu about harga Emas untuk beli barang. Nak kena mula mencari tempat menempah kad kahwin. Oh, lupa!

Semalam dah berbincang dengan calon bakal OP kami. Alhamdulillah, harga yang ditawarkan tahap mampu lagi. Dan perbincangan secara serius akan dilakukan sebaik sahaja encik Tunang bagi approval. ^_^

Sekarang?

Perlu sentiasa beringat untuk berbakti secara maksima pada keluarga sendiri sebelum menjejakkan kaki ke dalam keluarga Encik Tunang! Takut! And a reminder for myself, kena selalu beringat! Tak semua orang suka tengok kita bahagia!

Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami. Dan Kau lindungilah kami dari sebarang dugaan yang memberatkan kami. Amin...

Monday, March 21, 2011

keliru+kalut+celaru+blur+mati akal=tidur


yang sebenarnya aku tak tahu mana nak mula...

rasa macam nak buat list. 

tapi nak letak apa dalam list?

hantaran dulu ke?
tarikh dulu ke?
khemah?
kursus?
borang?
bajet?
baju?
makeup?
photographer?

argh~

aku mati kutu.

tidur je lah.

jom!

zzzzzzzz~



p/s: to those yang terbaca post ni and ada tips or idea, do kindly leave it in the comment. Jasa baik anda hanya ALLAH yang dapat membalasnya!
 

Template by Best Web Hosting