Pages

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, September 07, 2012

CIKGU juga manusia biasa.

Salam semua.

Beberapa hari yang lalu, aku dan beribu-ribu rakan sejawat digemparkan dengan penulisan blog seorang Cik Jurutera yang dengan lantang menyuarakan betapa kerjaya sebagai GURU atau CIKGU itu adalah kerja yang paling mudah dilakukan. Isunya masih sama, setelah bertahun-tahun, pemikiran skeptik orang-orang seperti Cik Jurutera itu masih lagi sama. Tidak lain, mereka mempersoalkan tentang ini:

- betapa kerja kami mudah sehingga kami hanya perlu bekerja dari jam 7.30 pagi hingga jam 1.30 petang sahaja.
- betapa kerja kami mudah walaupun pendapatan yang kami terima adalah melebihi gaji yang diterima oleh orang lain.
- betapa kerja kami mudah kerana kami hanya perlu mengajar. Dalam erti kata lain, masuk ke kelas, arahkan murid untuk buat kerja, dan duduk.
- betapa kerja kami mudah kerana tugasan hakiki kami hanyalah mengajar.
- betapa kerja kami mudah kerana..ah, begitu banyak lagi tohmahan dan kata dusta yang kalian lemparkan pada kami.

Aku juga pernah terbaca di facebook, ada insan yang mempersoalkan tentang apakah keistimewaan CIKGU sehingga menerima wang saguhati ataupun BONUS beberapa hari sebelum Aidilfitri baru-baru ini. Kata insan tersebut, semoleknya bonus itu diberikan kepada dia dan rakan-rakannya; pekerja swasta kerana hakikatnya mereka lah yang membangunkan ekonomi negara, bukannya kakitangan awam yang hanya reti minum kopi sewaktu bekerja dan melambat-lambatkan kerja yang diberi. Aduh, terhiris hatiku ketika itu. Sehina itu kami pada pandangan kalian?

Mengapa nak dipersoalkan wang bonus yang kami dapat yang cuma setengah gaji sebulan kami sahaja? Anda belum cukup bersyukurkan menerima wang bonus sehingga 6 kali gaji bulanan anda? Sehingga ada rakan pernah bercerita dia pernah menerima wang bonus sehingga 8 bulan gaji. Wah, banyak tu! Cuba kita lakukan kira-kira; katakan gaji basic anda adalah RM2500. Didarab dengan 6 sudah menjadi RM15,000! Itupun anda masih lagi mempersoalkan wang bonus yang kami dapat; katakan basic kami sebanyak anda, kami hanya menerima RM1250. Banyak kan beza?

Tapi bersyukurlah sahabat, itukan rezeki yang telah tertulis buat kita? Janganlan kita sentiasa mempersoalkan tentang rezeki kerana itu semua datangnya dari DIA. Apakah kita terlalu hebat sehingga mampu mempersoalkan tentang rezekiNya?

Apa yang mampu aku katakan hanyalah, cubalah berada di dalam 'kasut' seorang guru. Cubalah, walaupun sehari, cuba mengajar 3 kelas Tahun 1 yang masing-masing mempunyai 35 orang murid, dengan setiap kelas selama sejam setengah. Cubalah dahulu. Kemudian baru anda layak bersuara tentang betapa mudahnya menjadi guru. Jika anda tidak pernah berada di sekolah sebagai seorang cikgu, kalau ada pun berada di sekolah sebagai seorang murid, janganlah dengan mudah mengeluarkan kata-kata itu.

Mungkin di dunia ini, amanah yang terpikul di bahu kami adalah sebagai cikgu sementelah amanah yang terpikul di bahu anda adalah sebagai seorang Jurutera, Doktor, Akauntan, Jurujual mahupun Surirumah. Walau apa pun amanah yang terpikul di bahu anda, lakukanlah dengan penuh ikhlas. Jangan dipersoalkan amanah orang lain kerana sekiranya amanah itu terpikul di bahu anda, belum tentu anda mampu untuk melakukannya. Sesungguhnya apa yang DIA berikan pada kita adalah setimpal dengan kelayakan dan kekuatan yang kita ada.

Wallahua'alam.

***
Lagi tentang cikgu:

Cikgu Bukan Sekadar Cikgu

Guru Kita Tak (dapat) Buat Kerja


Saturday, June 16, 2012

Alkisah Jodoh?

Salam semua.

Dah lama kan mak tak apdet dengan bebelan mengarut? Actually mak banyak benda nak menulis, tapi selalu je penyakit mim alif lam sin tu mengganggu. Kuat betul penangan penyakit tuh sampai even ada mentol banyak2 menyala kat otak mak ni, sanggup badan ni abaikan begitu sahaja. Tapi, kali ni insyaAllah mak akan cuba mengabehkan tulisan ini.

Anda percaya pada jodoh?

Ada apa pula dengan jodoh tu?

Kenapa kali ni mak memilih untuk menulis tentang jodoh? Ada sebabnya...

Yang sebenarnya, suami mak ada rakan sebilik-rumet lah kata pendeknya. rumet dia ni belum kawen lagi, umor lebih 2 tahun dari umor mak n suami mak. Alkisahnya, mak pun ada sorang kawan cikgu satu sekolah yang umor lebih 2 tahun jugak dari mak, and masih mencari bakal suami. Mak pun setelah berbincang *konon* dengan suami mak, mak cadangkan nak kenalkan rumet suami mak dengan kawan mak nih.

Puas mak cerita pasal kawan mak ni kat rumet suami mak masa mak gi melawat suami mak kat Kapit cuti beberapa bulan lepas. Dia nampak macam ok, tapi tak nak bagi kata putus. Nak dia tak kata, Tak nak pun dia tak sebut. Mak pulak, bila balik semenanjung, cuba lah cakap ngan kawan mak. Cerita serba sikit tentang rumet suami mak ni. kawan mak ok, line clear. Setuju je nak dikenalkan. Mak pun dah tunjuk gambar rumet suami mak, dia kata ok je. :)

Cuti sekolah penggal 1 lepas, rumet suami mak balik sama semenanjung sama ngan suami mak. Nak tunggu flight ke Kedah malam tu lepas sampai KL tengahari tu, mak bawak dia gi IKEA. Ngidam meatball katanya. Sambil2 tu, mak cuba lagi cucuk2 jarum. Mak kata nak bagi no fon dia kat kawan mak, n vise versa. Dia tetap tak bagi kata putus. Bagi pun tak kata, Tak bagi pun tak sebut. Last2 mak hampir give up. Bila mak bagitau kawan mak, dia pun sama. Dia kata kalau rumet suami mak tak nak, takpelah. Jadi mak rasa mak nak berhenti di situ. Lantaklah diorang. Rumet suami mak ni katanya belum ready nak share hidup dia dengan sape2.

 Alkisahnya...

Suami mak suruh tanya kawan mak dia sekolah menengah kat mana dulu sebab kebetulan pulak, rumet suami mak ni pernah sekolah kat Langkawi, kampung kawan mak tu. Mak pun tanya...bila kawan mak dah jawab, mak bagitau suami mak, suami mak pun tanya rumet dia...

Rupa-rupanya...

Kawan mak dengan rumet suami mak ni SATU KELAS masa form 2 dulu kat satu sekolah menengah di Langkawi tuh. Kebetulan pulak rumet suami mak ni memang pernah cite kat suami mak dia pernah sekolah kat Langkawi satu ketika dulu. Tu yang dia suruh mak tanya kawan mak tuh. Dan-dan rumet suami mak tanya kawan mak *melalui mak* dia kenal tak MEGAT.

Haruslah kawan mak kenal! Sebab katanya Megat tu musuh ketat dia masa kat skolah! Diorang selalu fight untuk dapat no 1 kat kelas tu. And rumet suami mak selalu kalah kat kawan mak. Lah, sebelum ni bukan main lagi masa mak tunjuk gambar kawan mak kat rumet suami mak n vise versa, dua2 takde pun nak cam muka masing2. Rupanya dua2 menyimpan kenangan dari zaman sekolah menengah sampai sekarang. Dan rumet suami mak pun ada bagitau suami mak, dia memang dah lama cari musuh ketat dia nih. And finally, dia sendiri yang mintak no fon kawan mak tu. Alhamdulillah.

Sekarang? Mak tak tau la rumet suami mak tu dah kol kawan mak ke belum. Mak harap dah la. Jalan dah terbukak ni, tinggal usaha masing2 and DOA je. :)

Mak doakan semoga ada yang baik untuk mereka berdua ni. Amin..

Mak excited ni nyah! Sebab mak tak sabar nak tengok diorang berbaik! Semoga diorang berjodoh! Aminnnnnnnn :) *moh 40 orang aminkan doa mak ni. moga2 hujung tahun ni naik pelamin*

Jadi...

anda percaya pada jodoh?

:)

*mak pun ada kisah sendiri tentang jodoh ni dengan suami mak. Nanti mak cerita*

Sunday, October 23, 2011

JADI CIKGU: cara mudah menjadi JUTAWAN.

Salam ols.

Uish, dah lama tak apdet kan? Maaf la, bukan tak ada rasa nak apdet, selalu ada rasa nak apdet tapi kemalasan dan keberatan nak bukak laptop tu yang menghalang. Bukan tak boleh update guna phone, tapi kepuasan tu lebih banyak bila update guna lappy or pc. :)

So yesterday teachers of SK Merbau Sempak had a Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). We had a visit from the Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan Haji Mahmud bin Karim. Banyak benda yang beliau share dengan kami. We had a fun and entertaining yet informative 3 hours talk with him.

One of the thing he told us that impressed me most is: how to become a Millionaire, easily. His answer? By becoming a TEACHER.

Menarik kan?

How is it so?

Bila kita jadi cikgu, mengajar lebih kurang 120 kids a year, then when the kids finish their studies, maybe around 20-30 of them become TEACHERS, just like you. When they become TEACHERS, they will also teach about 120 kids a year. Then the kids that they teach might also become TEACHERS like them. Then the teachers will continue the process until ALLAH knows when. And it will go on and on and on for years and InsyaAllah, until you die.

You started the process: teaching them, nurturing them, moulding them, modelling them. And they will continue the work. Until you get old, and die. But one thing you must remember, each and every time the kids you used to teach use the knowledge you taught them, the reward is still given to you, the TEACHER. For ALLAH had promised that among the never ending rewards given to human is the knowledge that is continuously used by others.

Get the picture? :)

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka menganggap menjadi cikgu tidak mudah untuk menjadi kaya. Benar. Kami bukan golongan terkaya yang mampu memiliki sebuah Mercedez atau BMW atau PORCHE atau kereta kepala lembu seperti Yusry KRU, melainkan ada yang memiliki bisnes lain selain menjadi cikgu. Kami juga mungkin tidak mampu memiliki rumah 3 tingkat termasuk setingkat lagi di bawah tanah, atau sebuah villa atau banglo mewah dengan deretan kereta mewah di hadapan rumah.

TETAPI...

Menjadi seorang CIKGU adalah cara paling mudah menjadi JUTAWAN. Mungkin bukan JUTAWAN di dunia, tapi di AKHIRAT. :) Dengan syarat, ANDA BERMODALKAN KEIKHLASAN sewaktu mengajar. Bukan sekadar masuk ke kelas dan pergi ke sekolah untuk mendapat GAJI di hujung bulan. :)

So TEACHERS, continue to touch the hearts in front of you. May ALLAH bless us all. :)


"Ya Allah, berikan berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajarku. Semoga Kau tempatkan roh guru-guruku yang telah pergi ke alam baqa bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga Kau membalas jasa mereka semua dengan sebaik-baik ganjaran. Amin."

Tuesday, October 04, 2011

SAPS vs SPPBS

Apakah?

SAPS adalah satu sistem yang diwujudkan oleh Kerajaan untuk guru-guru menyimpan semua data murid-markah ujian dan peperiksaan dalam sistem online yang perlu dikemaskini setiap kali peperiksaan berlangsung. (tolong betulkan aku kalau aku tersalah)

Tapi SAPS adalah untuk murid tahun 2 hingga tahun 5 sahaja (Sekolah Rendah). Masa kawan2 semua tengah mengutuk dan memaki hamun SAPS, aku hanya mampu tersenyum sebab tak faham. Sungguh, aku faham sikit, tapi kebanyakan masalah yang disebut, aku tak berapa nak faham sebab aku tak mula lagi mengisi data markah secara online ni. Sebab masa tu, untuk Tahun 1 ada sistem lain. Yang bermula agak lambat.

Dan akhirnya yang ditunggu sudah tiba. SPPBS bermula. Mula dari proses mendaftar murid untuk kelas which kami kena key in nombor surat beranak murid satu demi satu untuk didaftarkan ke dalam kelas masing-masing, sampai lah kena daftar murid untuk subjek then kena tick pada band mengikut tahap pencapaian murid.

Okay, I got the part where I have to key in the nombor surat beranak and daftar subjek and all. Dah lepas fasa tu. Sekarang ni? Nak memasukkan band nih. Aku baru buat 3 murid. Masuk murid ke 4, aku dah tick band dia, then tekan 'SIMPAN'. Then? Aku kena tunggu SETENGAH JAM untuk loading simpan.

NOTHING HAPPENED.

Aku tekan 'Refresh' sebab aku ni kurang KESABARAN dalam bab-bab mengisi data online nih.

NOTHING HAPPENED.

Aku logout. Dengan harapan nak isi balik band murid ke 4 tuh. Takpe2, setakat tick band je. Bukan macam SAPS yang kena isi markah then hilang then isi balik then hilang then isi balik tu. SABARRRR lagi.

Nak login balik. Tunggu 15 minit NOTHING HAPPENED. LOADING bagai nak rak! APAKAH?

SERIUS. APAKAH?

APAKAH?

APAKAH?

APAKAH?

WTH?

okay, kesabaran menipis dengan agak laju ni. Sebelum tertaip perkataan yang bakal menambah dosa kering di hati, baik aku berhenti.

^%#$@*($^$%@*($))))@^@$#^&@^%#%#^&#&^$%#!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, March 05, 2011

untuk seorang nizam...

gambar milik silentkimbly.com
dear nizam,
teacher tatau la nape nama kamu ni selalu sangat dalam otak teacher sampaikan teacher leh wat 1 entry untuk kamu dalam blog teacher. padahal teacher tau, kamu tak bukak pun blog teacher nih. apatah lagi nak membaca entry merapu dalam blog teacher nih. tapi teacher nak jugak tulih, untuk melepaskan apa yang terpendam di dasar hati teacher nih.

nizam,

teacher bukan benci nizam. kalau ikutkan hati, teacher pun tak kisah kalau nizam nak datang sekolah tanak bawak buku or even A PENCIL. lantak nizamlah nak jadi ape pun. teacher ada ramai lagi anak murid untuk dijaga.tapi itu kata hati teacher yang sedang marah.

dalam hati teacher yang memang nak jadik cikgu dari tadika ni plak, teacher rasa bersalah sangat sebab sampai sekarang, teacher tak mampu nak tackle hati nizam untuk dekat dengan sekolah. nizam selalu buat2 tak nampak teacher yang 'gadang' ni dalam kelas. teacher berdiri depan kelas pun, nizam leh sembang2, baling2 barang kat kawan nizam. masa teacher tengah mengajar, nizam leh bangun korek2 beg sekolah kawan nizam koyak buku dia.

nizam ingat tak betapa tinggi suara teacher masa ajar nizam menulih dalam buku nombor 3 yang ada 3 garis tu? teacher suh tulih huruf A dalam garisan merah sampai biru. tapi nizam tulih jugak dari merah ke biru pastu naik merah semula. teacher siap pegang tangan nizam, tolong betulkan cara nizam pegang pensel tapi nizam tetap tanak ikut.

teacher dah bagi coklat kat nizam nak suh nizam siapkan keje sekolah. nizam siap janji dengan teacher nak jadi budak baik, tanak nakal2 dah. tapi esoknye, nizam wat perangai lagi. kalau teacher suruh sape2 cuba baca ayat kat papan putih, nizam beriya angkat tangan sampai teacher pun excited. tapi bila nizam ke depan, nizam diam je. takpe. at least nizam nak cuba. teacher suka semangat tu. bila teacher suh lukis 'sun'. nizam lukih sun siap dengan mata, mulut, tangan, kaki bagai lagi dalam buku tu. sampai takde ruang nizam nak tulih 'sun' bawah gambar tu. ilang akal bila teacher tengok muka nizam.

teacher tatau la nape nizam degil sangat. adakah sebab nizam lagi suka tengok teacher mengaum? atau nizam suka tengok teacher marah2 dalam kelas? atau nizam suka tengok teacher baling2 marker pen or pencil case teacher? atau nizam tak paham bahasa melayu sebab nizam berbangsa khmer? racistnye teacher nih. no. bukan tu maksud teacher. even ada cikgu cakap "biar je dia tu. bukan dia paham bahasa melayu pun" tapi teacher tak nak biar nizam macam tu je. it's a waste. tau tak?

teacher harap, satu hari nanti hati nizam terbukak untuk terima sekolah. and yang penting, tau kepentingan sekolah ni. techer tak nak nizam jadi orang yang bakal dicaci atau dihina bila nizam besar nanti.

teacher nak stop. teacher pun tak tahu ke mana hala tulisan teacher nih.


Ya Allah, berikan aku petunjuk Mu untuk membimbing anak-anak ku di jalan Mu..amin..

Friday, February 11, 2011

sorry seems to be the hardest word.

anak-anakku, maafkan teacher.
to:
  1. shahrul amri
  2. adam
  3. iqbal-it broke my heart to see you cry. T_T
  4. afif- i will miss your cheekiness in my class.
  5. aiman
  6. haziq
  7. mustaffa
  8. aleeya
  9. nabila
  10. zulkifli
  11. adishah
  12. hafidzudeen
  13. sarah aina
  14. akmal rizal
ada lagi 5, but i forgot your name. but not your face. i'm sorry i had to move all of you out to the next class. i was told to do so since PPD instructed us to add another class for year 1. it was very heart-breaking to see Iqbal shed his tears for not wanting to leave my class. somehow, i was attached to all of you. 

Monday, January 10, 2011

dah lama...

hola peeps! :)

dah lama tak update. bukan sebab takde apa yang interesting happening in my life lately tapi rasa macam dah selalu sangat update pasal idup. dah boring kot. :p tambah2 plak takde idea nak karang benda yang berguna untuk readers sekalian (macam la ramai sangat) sekarang. maybe later. who knows,kan? :)

pape pun, to those yang masih belum tahu, i'm teaching at SK MERBAU SEMPAK, sungai buloh sekarang. feeling? honestly, none. :) so-so je la. takde yang sangat baik, takde yang sangat teruk. pape pun, life must goes on! and i am the class teacher for year 1 Musytari. sape2 yang pernah ngajar year 1 akan tau how it feels like to teach them. silap ari bulan, boleh dapat darah tinggi! :) on top of that, i have 30 periods of teaching per week-ENGLISH per say for 3 classes of YEAR 1. penat memang sangat penat. tapi itulah amanah. ^_^

until then, sampai sini je kot. jumpa lagi! ^_^

Monday, December 20, 2010

redeployment

salam to all.

i bet some of u have heard about this, rite? isu yang membuatkan ada guru yang dipindahkan ke sekolah lain kerana pelaksaan dasar 'Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris'. As the result, sekolah2 yang terlebih guru opsyen perlu mengeluarkan guru mereka untuk ke sekolah yang kekurangan guru opsyen. dan salah seorang dari 'mangsanya' adalah aku. :)

kalau diikutkan, aku tidaklah selayak guru2 senior yang lain yang dipindahkan setelah sekian lama mengajar di sesebuah sekolah tu untuk merungut dan mengomplen. kalau ditanya apa perasaan aku, aku takleh nak kate apa2. aku hanya YANG MENURUT PERINTAH. yelah, dah ikat janji dengan gomen, ape pun yang diorang wat walaupun rasa tak puas hati TERPAKSAlah ditelan. walaupun tertarik dengan galakan NUTP untuk mengadu pada mereka tentang isu ini, tapi aku rasa aku masih tidak layak.

baru sebulan lebih berada di SK SUNGAI SERAI, baru nak belajar sayang sekolah, baru nak menabur bakti, baru nak hafal lagu sekolah, dah kena pindah. ralat? mestilah. tambah2 bila dah mula rapat dengan cikgu2 di sekolah tu and dah kenal jalan sekitar kawasan tu. tiba2 je nak kena pindah sekolah. apa perasaan anda kalau anda yang kena? tak tergambar. yep yep. tak tergambar.

tambah2 bila anda dapat tahu yang ada ditukarkan ke sekolah lain sebab lebih guru opsyen bahasa inggeris, dan sepatutnya yang masuk sk sungai serai adalah cikgu opsyen matematik tapi yang masuk adalah cikgu opsyen bahasa inggeris jugak. hancur tak hati? mestilah. sape yang takde rasa tak puas hati kalau macam ni,kan? buat apa pindahkan aku tapi masukkan cikgu yang sama opsyen dengan aku? alasan yang aku dapat adalah aku cikgu paling baru report duty kat sekolah tu. so nama aku yang diberikan pada ppd untuk ditukarkan.

tapi takpelah. mungkin rezeki aku di sekolah baru lebih baik. aku yakin, Allah dah janjikan sesuatu yang baik untuk aku di sekolah baru, insyaAllah.

disebabkan tak tergambar, aku pun tak tau nak membebel ape. tak tahu bila nak pergi report duty. tak tahu macam mana aku nanti di sekolah baru. apa pun, bertabahlah, siti fairuzniza! :)

Sunday, December 19, 2010

antara method dengan niat

Salam to all.

terlintas tentang ini masa tengah temenung memikirkan tarikh interview SPP yang entah bila tuh. then terus je teringatkan soalan2 mencabar yang bakal dijawab. tentang apa? tentang KSSR. atau sepatutnya telah dikenali sebagai KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH.

sepanjang sebulan berada di sekolah dan dari perbincangan online dan bersama rakan2, ramai jugak cikgu baru yang memuji pelaksanaan KSSR. tak kurang cikgu senior yang tidak mengagumi KSSR. kenapa? mungkin mereka ada alasan mereka sendiri. bagi mereka, tak kiralah apa dasar yang dilaksanakan, jika ianya suatu pelaksanaan baru yang masih 'segar', apa pun jua nama yang diberi tidak menjamin kejayaan. lain pula dengan kebanyakan rangkaian cikgu2 baru yang menganggap KSSR adalah bagus kerana melibatkan murid ketika di dalam bilik darjah dan banyak aktiviti2 yang menarik sewaktu mengajar seperti menyanyi, berlakon, menari dan sebagainya.

namun, itu bukanlah persoalannya. yang menjadi persoalan dan a big question mark di dalam kepala ini adalah: apa yang tidak berkesan di zaman ini? method yang pelbagai atau niat seorang guru itu?

sekiranya mungkin, boleh saja disenaraikan pelbagai masalah yang timbul setelah sesuatu program baru dilaksanakan. tetapi bukan itu yang ingin saya tekankan. tetapi ini: tidak kira bagaimana hebatnya perancangan kerajaan lakukan untuk pendidikan di negara ini, pernahkah walau sedetik terlintas di hati anda semua, MENGAPA KANAK-KANAK DI ZAMAN INI LEBIH RAMAI YANG TIDAK MENJADI? siapa yang harus disalahkan? ibu bapa? guru? sekolah? kerajaan?

ramai yang menyalahkan guru. pengajaran guru di sekolah tidak berkesan. seingat saya, saya belajar solat sewaktu kecil di sekolah, lalu diaplikasikan di rumah. tetapi kini, lebih ramai kanak-kanak yang tidak tahu bagaimana untuk solat walaupun pelbagai program dilaksanakan seperti J-Qaf.

soalnya KENAPA?

mari kita berbalik pada satu persoalan asas dan tanyakan pada diri kita (sekiranya anda seorang guru), APA TUJUAN ASAL ANDA MENJADI GURU?

adakah sememangnya kerana minat untuk mendidik? atau sekadar kerana menjadi guru ini bekerja hanya separuh hari? separuh lagi boleh dihabiskan di rumah bersama keluarga. atau sememangnya kerana sudah tiada pekerjaan lain untuk dilakukan melainkan menjadi seorang guru? mari kita sama-sama menepuk dada dan bertanyakan selera kita.

situasi kini: bagaimana hendak mendekatkan jiwa anak2 kita di dalam bilik darjah pada setiap nilai murni yang diterapkan sewaktu mengajar sekiranya dari awal mata kita dibuka, kita sudah mengeluh, 'ALA, MALASNYA NAK PERGI SEKOLAH...' anda sedar mana silapnya kita? (atau mungkin sebahagian dari kita sahaja)

ya, NIAT. dari awal mata dibuka sudah terniat tentang kemalasan untuk ke sekolah. apa lagi yang ada untuk dilakukan di sekolah selain MENGAJAR? (ya, saya tahu tentang beban tugas guru yang melampau-tapi saya cuma menekankan TANGGUNGJAWAB DASAR seorang guru). sekiranya sudah malas untuk ke sekolah, lalu haruslah malas untuk bangun-malas untuk mandi-malas untuk bersiap-malas untuk sarapan-malas untuk start enjin kereta-malas untuk sampai ke sekolah-dan akhirnya, MALAS UNTUK KE KELAS DAN MENGAJAR. apabila masuk ke kelas dalam keadaan malas untuk mengajar, apakah ilmu yang kita sampaikan akan menyentuh jiwa anak2 murid kita? jawapannya ada pada diri kita sendiri.

jangan hanya salahkan murid sekiranya mereka tidak menjadi. tetapi renunglah diri sendiri. apakah yang kita lakukan sudah cukup untuk mendidik mereka? apa lagi dengan kewujudan program cepat menjadi guru. ramai yang berdebat tentang ini. wah, setahun pengajian sudah mampu menjadi seorang cikgu. TIDAK. SAYA TIDAK MENOLAK KPLI. cuma secara personal, bagi saya setahun masih belum cukup untuk menyediakan intelektual2 di luar sana untuk menjadi guru. mungkin kursus itu boleh dipanjangkan. mungkin dua tahun. sedangkan saya yang belajar selama 6 tahun ini pun masih merasakan persediaan saya masih belum cukup untuk menjadi guru. apatah lagi kakak2 dan abang2 yang hanya mengambil masa setahun. hakikatnya, apa yang dipelajari tidak sama dengan realiti yang harus dihadapi di sekolah.

lalu, berbaliklah pada NIAT. yakinlah bahawa wahai guru, sekiranya memang niat kita ke sekolah untuk mendidik, maka insyaAllah akan sampailah apa yang kita cuba berikan pada jiwa-jiwa kecil itu.

saya tidak mencemuh perguruan. apa lagi pendidikan. saya cuba menyelami hati seorang guru. saya tidak membenci method yang dilaksanakan. saya cuma memikirkan penambahbaikan. untuk itu, marilah kita sama2 berkongsi pendapat dan idea.

renung-renungkan. :)


**tulisan ini sekadar refleksi diri dan bukanlah mengecilkan mana2 pihak atau orang perseorangan.**

***untuk guru, maklumat tentang KSSR dan bahan boleh didapati di sini.
 

Template by Best Web Hosting