Pages

Thursday, March 31, 2011

W Progress: Part 2

Alhamdulillah, kain untuk baju akad nikah dah selamat di tangan tailor. That is for my side. For his side, katanya nak hantar hujung minggu ni. Tailor di Sarawak sebab nak design Baju Melayu orang sana. We'll see how it turns out on that day nanti. :)

Ahad hari tu ke Nilai. cadangnya nak buat some surveys and all je. Tapi takkan dah sampai sana tak beli pape kan? Soooo..selamatlah beberapa paper bag untuk VIP, goody bags untuk jemputan, bunga telur, and kotak nak letak telur tuh.

Jalan-jalan lagi, ternampak bekas hantaran yang agak cantik dan murah. RM19.90 untuk 2 bekas. Haruslah aku beli terus. 8 bekas, and 1 par untuk letak pulut semangat.

Setel sikit. Persiapan awal untuk elakkan sebarang kecelaruan bila dekat tarikh tu nanti. Semua hantaran akan digubah oleh my kakak sulung, Along.

Oklah, nak gi hospital untuk MRI. mungkin bersambung lagi! ^___^

Sunday, March 27, 2011

W progress-Part 1

ohhhkay.

Alhamdulillah tarikh dah finalise. Sekarang dah boleh mula siapkan apa-apa yang patut.

Rancangan kami nanti, nak majlis yang simple-simple je. Tanak yang grand dan membuang duit. Checklist di sebelah adalah boleh digunakan nampaknya. Sekarang ni tak tau nak mula dari mana. Rasanya, first sekali, aku haruslah konfem mendaftarkan diri kat PAID Petaling. Yuran standard RM80, dan tempat dekat sikit dengan rumah aku. Tarikh? yang menjadi pilihan hati adalah pada 1 April-2 April. Harap-harapnye tak adalah program sekolah yang clash dengan tarikh kursus aku pilih ni.

Mau selesaikan yang itu dahulu.

Sementara tu, hantaran 1 aku dah beli. Aku plan nak beli 3 buku Ustaz Hasrizal 'Aku Terima Nikahnya', 'BErcinta hingga ke Syurga' dan 'Murabbi Cinta' kan? Alhamdulillah masa jalan-jalan di The Store Sungai Buloh hari tu, aku ternampak set hard cover kompilasi buku Ustaz Hasrizal nih. Apa lagi? Haruslah aku terus beli! Walaupun teringat kalau kat Pesta Buku bulan 4 nanti lagi murah, tapi ngenangkan entah bila aku nak pergi Book Fair tu, aku terus je beli. Alhamdulillah.

Sekarang masa untuk Survey dah bermula! Nak tunggu sale besar-besar untuk beli barang hantaran. Nak kena tengok berita selalu about harga Emas untuk beli barang. Nak kena mula mencari tempat menempah kad kahwin. Oh, lupa!

Semalam dah berbincang dengan calon bakal OP kami. Alhamdulillah, harga yang ditawarkan tahap mampu lagi. Dan perbincangan secara serius akan dilakukan sebaik sahaja encik Tunang bagi approval. ^_^

Sekarang?

Perlu sentiasa beringat untuk berbakti secara maksima pada keluarga sendiri sebelum menjejakkan kaki ke dalam keluarga Encik Tunang! Takut! And a reminder for myself, kena selalu beringat! Tak semua orang suka tengok kita bahagia!

Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami. Dan Kau lindungilah kami dari sebarang dugaan yang memberatkan kami. Amin...

Wednesday, March 23, 2011

bila aku mula membebel...

**kenapa saya letak gambar ni?
okay, persoalan saya sekarang adalah: adakah sekiranya saya ingin melangsungkan perkahwinan di kelantan, maka saya perlu mendapatkan borang nikah di kelantan?

jawapan dari mama: YELAH.

nanti saya kena hantar borang ke terengganu dan tunang saya perlu hantar ke kelantan.

saya kompius.

kenapa sekarang saya rasa urusan pernikahan banyak songehnya?

boleh tak kalau tak nak? ngeee~ ;p

*****
balik dari sekolah tadi saya ke Putrajaya. (apsal skema plak ayat aku neh?) gi sana nak amik salinan sijil SPM sebab sijil aku mama dah terbuang bersama kertas-kertas yang bertimbun dalam bilik. ;p

Alhamdulillah, tak sampai sejam pun menunggu walaupun dia cakap kena tunggu sejam untuk siapkan sijil tu. bagus servis anda di situ,bahagian lembaga peperiksaan. :)

cuma.....yang menjadikan aku agak nak menyumpah tadi adalah bila time nak cari parking. dah lah aku dengan sengal nye pegi putrajaya dengan hanya berbekalkan duit RM10 dalam purse. lupa nak singgah stesen minyak untuk amik duit sebab kalut sangat nak sampai awal. ;p kalut punya pasal, aku terpaksa la pusing beberapa pusingan kat putrajaya tu nak mencari stesen minyak. dari exit putrajaya sampailah tersesat hingga ke presint 8! itu pun aku nampak 7e. terus amik duit dan beredar nak cari bangunan kompleks kerajaan parcel E plaks.

mencari stesen minyak dah pening, masuk parcel e cari parking laaaagi pening! aku berenti depan E12, tanya guard sebab E11 depan tu je. aku tanya mana nak parking. dia cakap: parking dalam untuk staf je. pelawat parking kat lua depan pintu masuk parcel e tuh. bapak lah jauhnye! tapi aku degil. aku masuk celah2 E11 tu and cuba cari parking. apa yang aku nampak? Ya Allah..staf gomen ni parking macam umah kat FLAT! tak teratur langsung. sungguhlah indah khabar dari rupa..bangunan punya cantik, sayang tempat parking berterabur macam tu sekali. aku pusing dan pusing sampai la aku nampak pagar keluar. barulah aku nampak ada tempat parking depan Bahagian Pendidikan Guru, sebelah Alamanda. Yes. aku dapat tempat parking yang selamat dari possibility ada kereta orang langgar Edward atau calarkan Edward. Alhamdulillah.

menapak la aku ke bangunan E11 tuh. bila sampai, pergi kaunter, isi borang. bagi duit. bayaran nak dapatkan salinan sijil SPM or PMR adalah RM10. my advise to those yang nak pergi amik salinan sijil is: SEDIAKANLAH DUIT SEKEPING RM10 TU SIAP-SIAP. aku takde not 10 so aku hulur not 50.

"Cik kena tukar duit dululah. ada kafe kat sebelah sana. Cik keluar, naik tangga sikit, then nampak kafe."

aku pun dengan inesennye keluarla dari tempat tu nak ke kafe yang dikata 'dekat' tu. sekali, naik tangga, jalan mati. aku nampak kakak cleaner. aku tanya mana kafe. rupanya aku kena mendaki plak untuk ke kafe tuh! kafe tu kat bangunan Kementerian Kesihatan rupanya! memang la 'dekat' cik adik oiiii~

nasib baik menunggu tak lama untuk dapat sijil. kalau tak, mau becok mulut aku depan diorang nanti. ;p

apa-apa pun, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. jagalah sijil SPM anda sebaik mungkin untuk mengelakkan mak anda buang sijil tu bersama timbunan kertas A4 yang lain!

sekian.

^_^


**jawapan soalan di gambar: sebab encik tunang dah janji nak bawak saya dinner kat sana lepas dah jadi isteri dia nanti! ngeh ngeh ngeh~

Monday, March 21, 2011

keliru+kalut+celaru+blur+mati akal=tidur


yang sebenarnya aku tak tahu mana nak mula...

rasa macam nak buat list. 

tapi nak letak apa dalam list?

hantaran dulu ke?
tarikh dulu ke?
khemah?
kursus?
borang?
bajet?
baju?
makeup?
photographer?

argh~

aku mati kutu.

tidur je lah.

jom!

zzzzzzzz~



p/s: to those yang terbaca post ni and ada tips or idea, do kindly leave it in the comment. Jasa baik anda hanya ALLAH yang dapat membalasnya!

Sunday, March 20, 2011

bertemu itu indah.berpisah itu payah.

Longlai.

Itu yang aku rasakan sewaktu mengorak langkah meninggalkan perkarangan Perlepasan di KLIA sebentar tadi. Apabila tubuh dipusing menghadap awah lawan, air mata merembes keluar.Setitik. Aku sapu dan mempercepat langkahku agar tidak lebih lama di situ. Telefon berbunyi minta dijawab. Aku jawab, dan ku dengar suaranya.

"Dah jalan ke?" ringkas soalannya.

"Jangan call. Nanti nangis." Lalu ku matikan panggilan itu.

Sungguh. Akhirnya aku menangis. Air mata yang dikepung sebentar tadi mula membasahi wajah. Ku kesat, dan ku hampiri lif. Ada lelaki yang masuk. Aku diam.

Tiba sahaja di kereta, aku labuhkan diriku. Ku kunci pintu rapat. Dan aku keluarkan cermin mata hitamku. Dan akhirnya, seperti empangan, air mata dipam-pam keluar membuatkan wajahku lencun. Sepanjang perjalanan ku dari KLIA ke Subang, air mata ini tidak dapat ditahan.

Ya, kami bukan tidak biasa berpisah seperti itu. Masuk hari ini, entah sudah berapa kali aku menghantarnya ke KLIA mahupun LCCT. Seharusnya aku sudah biasa. Sudah lali. Tapi entahlah.

Setiap kali bertemu, kami punya agenda tersendiri. Aku rasa...'penuh'. Itu sahaja yang mampu menjelaskan apa yang ku rasa. Setelah menghantarnya, separuh dari jiwa ini pergi ku rasakan. Dan aku rasa...kosong.

Paling teruk, aku rasa sunyi.

Ya, aku sunyi.

Semoga ini adalah kali terakhir aku menghantarnya ke seberang sana!

Amin.

Friday, March 18, 2011

Apa yang orang kata...

gambar ihsan pakcik gugel. Terima kasih pakcik gugel kerana banyak membantu!
*****

Kalau makan banyak, dikata nak gemuk ke?
kalau makan sikit, dikata nak diet ke?

Kalau tidur banyak, dikata tak ada kerja nak buat.
kalau tidur kurang, dikata rajin gila. 

Kalau tak ada kerja, dikata pemalas.
kalau dah bekerja, ditanya gaji berapa.
kalau datang awal, dikata skema.
kalau datang lambat, dikata pengamal 'janji melayu'.

Kalau dah ada pakwe, dikata gatal.
Kalau takda pakwe, dikata tak laku.

Kalau belum bertunang, ditanya bila nak bertunang.
Kalau dah bertunang, ditanya bila nak kahwin.

Kalau belum kahwin, dikata tak elok menunggu lama-lama.
Kalau dah kahwin, ditanya nak dapat anak bila.

Kalau belum ada anak, dikata kurang kesuburan.
Kalau dah ada anak, ditanya bila lagi nak menambah.

Kalau belum menambah, dikata tak teringin ke menambah zuriat.
Kalau dah menambah tiga empat, dikata terlalu produktif.

Kalau diam, dikata bisu.
Kalau banyak bercakap, dikata minah kepoh.

Banyak lagi kalaunye.
Tapi kalau ikutkan mulut manusia, sampai mati pun takkan habis.
Sudahnya kita asyik ikut telunjuk orang lain.
itu lah..peduli sangat apa yang orang kata.

bukan tak payah ambil tahu apa yang orang kata.
Tapi kalau dah menyusahkan diri sendiri, siapa yang mengambil cara?

Akhirnya kita yang termakan kata.
Dek kerana terlalu mengikut aturcara manusia.

Apa kata kita serahkan pada Tuhan.
Bukankah Dia perancang sebaik perancang?

Tapi jangan lupa sisipkan usaha.
Tawakkal dan juga Doa.
Jika tidak, katalah apa pun kita manusia.
Semuanya hanya sia-sia.

Tuesday, March 15, 2011

Movie Review 1: Hikayat Merong Mahawangsa

As expected, they never failed to impress me. They always come out with something sooo different from others and as the result, they have the special place in my heart, since I was still a small kid.

Who they are?

The awesome KRU brothers of course.

I have never written a Movie review, nor a book review before but after watching the so called 'filem terulung di Malaysia': HMM, my fingers were itchy enough to dance on the keyboard, writing something about the movie.

It started off with a 'jantan' voice, telling us a history about the first ruler of a place in Tanah Melayu. And the story evolves around what happened before, when and after the person called 'Merong Mahawangsa' was appointed to be the first ruler.

I never took my eyes off the screen during the movie. The sound system was great. The pictures were great. The storyline? There might be an issue about the transition but it was great enough for a 2-hour movie when a normal epic movie would take up to 3 hours.

Personally, I think this is a great start. Yusry Abdul Halim had successfully nailed the magnificent first step for Malaysians Directors and script writers to start with a genre that is not so typical malay movie type and soooo cintan cintun. The script was great. The actors and actresses were great. The cinematography was great. The whole story was great! Two thumbs up for Yusry.

It is simply a Malay Movie that is worth watching. Yusry had definitely did a thorough research on the history, and the script came out to be great. The CGI? Let's not talk about that. I believe everyone had witnessed Yusry's ability in the area from his previous movies: Cicakman and Cicakman 2.

The moral values of friendship, brotherhood, loyalty and love were there. Not forgetting how awful human can be when he is controlled by power. And how a tragedy could change human's perception and behavior.

All I could say is: Yusry, 4.5 out of 5 stars for you!

KUDOS KRU.

Monday, March 14, 2011

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

13/03/2011 marks the journey of a new chapter in life.

thank you ALLAH for giving us the chance to be apart of the plan.

the discussion.         
the hantarans. :)
the chocolates yang comel. :)
the jelly. :)
the kain baju melayu.
the fruits.
the pulut semangat.
the sirih junjung.
the lovely cakes by Wizcakes

the cakes adalah sangat sedap sehinggakan my nieces sekali hadap je dah tinggal another 8 je. huhu~ 
 tq kak wiz for the lovely cakes! insyaAllah next time leh order lagik~ :)

the 'cake-monsters'. hahaha~
the laughter.love this shot so much. with my sis, nieces and kak wani. :)
The makeup was by kak Amal. lovely also. nice job,kak! :)


Alhamdulillah. 

:)

Tuesday, March 08, 2011

lutut oh lutut~

aku fikir sakit tu sementara je. ingatkan normal for a person to have this pain bila dia terlalu aktif. tambah-tambah bila sakit tu on and off je. so aku ignore.

hasil dari aku ignore, aku dapat la 3 ligament tear ari nih lepas check up oleh pakar. ;p

bangga tak?

aku rasa bangga. *sengal*

itu pun sebab dah sakit sangat. ye la, duk sekolah ari2 kene panjat turun naik tangga. aku tak kira lah berapa kali aku guna tangga sebab tangga + sekolah dah sinonim sangat.

but hari ni, aku ada appointment dengan pakar kat klinik sukan PPUM. aku ingatkan diorang nak layan aku biasa2 je. rupanya tak. almost 4 orang yang periksa aku tadi, termasuk Prof diorang. itu pun sebab dia nak tunjukkan cara yang betul memeriksa pesakit macam aku. ;p ada dalam 7 orang doktot n bakal doktot dalam bilik aku tadi. rasa macam spesimen plak. ye, spesimen bernyawa. ;p glemer mak, nyah~ masa doktot tu suh mak jalan, satu klinik sukan tu tengok mak. eeei..mak nebes!

masa diorang pusing lutut mak, mak jerit la 'adoi' dengan gaya comel mak. sume doktot tu gelakkan mak. kuang asam betoi~

jadi, ini la yang mak dapat sebab main sukan selama ni:futsal nye, bola tampar nye, lari nye, hoki nye, memanah nye, and segala la yang bagi pressure kat lutut mak. ;p

okey okey, masuk mode normal semula.

bila diorang dah abeh check aku, diorang duk satu meja reramai n bebincang. last2, aku dapat penerangan macam ni:

gambar ehsan pakcik gugel. aku lupe website dia ape.

aku dah letak nomot kat gambar tuh: 1,2 dan 3.

1- kusyen lutut aku mungkin dah rosak partially atau sepenuhnya. sebab tu masa naik or turun tangga, aku rasa tulang lutut aku bergesel.

2- ligament yang sambung 2 lutut aku tu ada tear. sebab tu masa aku jalan, aku rasa lutut aku begerak-gerak.

3- ligament jugak. tapi kat dalam yang sambung lutut. mungkin ada tear jugak. ini pun mungkin penyebab aku rasa lutut aku begerak2.

pergh~

aku ingatkan sakit bodo je. sebab last year aku ada gi klinik komuniti. bila aku bitau aku sakit lutut, doktot tu cakap "takkan u umo 24 dah sakit lutut?" and dia end up bagi aku ubat kalsium je. bila gi klinik UIA, dia bagi ubat sapu-MENZZA je. sebab tu aku serik nak gi spital. tapi sebab dah sakit sangat, aku pergi jugak PPUM ni. doktot tu pun cakap, "nasib baik awak datang hari ni. kalau dibiarkan boleh jadi lagi teruk" aku? sengih je la. :)

so, the rest is hostory. untuk konfemkan findings diorang, 29/3 ni mak kene gi x-ray lutut, 31/3 ni mak kene MRI lutut mak. in addition, mak kene gi wat fisio untuk lutut mak nih, starting 14/3 nih. huhu~

moral value is: kalau sakit lutut ke apa, tak yah la buang masa menunggu lama bagai nak rak kat klinik komuniti. gi je la terus ke pakar. senang. (:


p/s: doktot suggest kat mak untuk SWIMMING kalau nak aktif semula.lupekan la sukan2 yang pernah mak main yang akan bagi pressure kat lutut mak. SWIMMING? omaiGod. Swimming? tenggelam la mak dalam kolam tu, nyah. ;p

Saturday, March 05, 2011

untuk seorang nizam...

gambar milik silentkimbly.com
dear nizam,
teacher tatau la nape nama kamu ni selalu sangat dalam otak teacher sampaikan teacher leh wat 1 entry untuk kamu dalam blog teacher. padahal teacher tau, kamu tak bukak pun blog teacher nih. apatah lagi nak membaca entry merapu dalam blog teacher nih. tapi teacher nak jugak tulih, untuk melepaskan apa yang terpendam di dasar hati teacher nih.

nizam,

teacher bukan benci nizam. kalau ikutkan hati, teacher pun tak kisah kalau nizam nak datang sekolah tanak bawak buku or even A PENCIL. lantak nizamlah nak jadi ape pun. teacher ada ramai lagi anak murid untuk dijaga.tapi itu kata hati teacher yang sedang marah.

dalam hati teacher yang memang nak jadik cikgu dari tadika ni plak, teacher rasa bersalah sangat sebab sampai sekarang, teacher tak mampu nak tackle hati nizam untuk dekat dengan sekolah. nizam selalu buat2 tak nampak teacher yang 'gadang' ni dalam kelas. teacher berdiri depan kelas pun, nizam leh sembang2, baling2 barang kat kawan nizam. masa teacher tengah mengajar, nizam leh bangun korek2 beg sekolah kawan nizam koyak buku dia.

nizam ingat tak betapa tinggi suara teacher masa ajar nizam menulih dalam buku nombor 3 yang ada 3 garis tu? teacher suh tulih huruf A dalam garisan merah sampai biru. tapi nizam tulih jugak dari merah ke biru pastu naik merah semula. teacher siap pegang tangan nizam, tolong betulkan cara nizam pegang pensel tapi nizam tetap tanak ikut.

teacher dah bagi coklat kat nizam nak suh nizam siapkan keje sekolah. nizam siap janji dengan teacher nak jadi budak baik, tanak nakal2 dah. tapi esoknye, nizam wat perangai lagi. kalau teacher suruh sape2 cuba baca ayat kat papan putih, nizam beriya angkat tangan sampai teacher pun excited. tapi bila nizam ke depan, nizam diam je. takpe. at least nizam nak cuba. teacher suka semangat tu. bila teacher suh lukis 'sun'. nizam lukih sun siap dengan mata, mulut, tangan, kaki bagai lagi dalam buku tu. sampai takde ruang nizam nak tulih 'sun' bawah gambar tu. ilang akal bila teacher tengok muka nizam.

teacher tatau la nape nizam degil sangat. adakah sebab nizam lagi suka tengok teacher mengaum? atau nizam suka tengok teacher marah2 dalam kelas? atau nizam suka tengok teacher baling2 marker pen or pencil case teacher? atau nizam tak paham bahasa melayu sebab nizam berbangsa khmer? racistnye teacher nih. no. bukan tu maksud teacher. even ada cikgu cakap "biar je dia tu. bukan dia paham bahasa melayu pun" tapi teacher tak nak biar nizam macam tu je. it's a waste. tau tak?

teacher harap, satu hari nanti hati nizam terbukak untuk terima sekolah. and yang penting, tau kepentingan sekolah ni. techer tak nak nizam jadi orang yang bakal dicaci atau dihina bila nizam besar nanti.

teacher nak stop. teacher pun tak tahu ke mana hala tulisan teacher nih.


Ya Allah, berikan aku petunjuk Mu untuk membimbing anak-anak ku di jalan Mu..amin..
 

Template by Best Web Hosting