Pages

Saturday, November 27, 2010

Nikah Kahwin Part 2

foto ihsan pakcik gugel
Okay..bila ada kawan yang mengomen topik sebelum ni, aku jadi makin semangat nak bercerita tentang nikah kahwin ni.

aku pernah attend satu majlis pernikahan yang sangat simple. baju nikah pakai yang kakak punya, hantaran pun tak terlalu banyak and it is sooooooooo sweet. sebab? simple tapi terasa BERKAT. yup. itu yang paling penting; BERKAT.

aku pun pernah attend satu majlis yang agak grand, dan masa aku pergi sehari sebelum majlis, aku sempat tengok pengantin dan family bertengkar over barang hantaran. oookay, that is soooooooo not right. sebabnye? pengantin nak yang simple, tapi maknye nak yang lagi cantik. oh. situ la silapnye. 

cuba kita renungkan balik, sepatutnya majlis nikah kahwin ni mengeratkan hubungan keluarga. yang mana jauh tu jadi dekat sebab bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai. tapi lain pulak yang jadi. itu belum masuk bab ada satu geng yang duk mengumpat kat belakang. itu tak kene, ini tak kene. warna tak cantik. alas meja tak cantik. pelamin takde. cadar buruk. baju tak lawa. tudung senget. sok sek sok sek.

that is soooo not cool.

oleh itu, berbaliklah kita semua pada tujuan asal pernikahan. sebab apa kita perlu bernikah? adakah untuk membazirkan duit pada majlis yang besar2? yes..tujuan adakan kenduri adalah untuk memberitahu pada semua yang kita dah bernikah tapi perlu ke kenduri 3 hari 2 malam? perlu ke kenduri sampai tumbang 4 ekor lembu?

untuk itu kawan-kawan, marilah kita bersama-sama fikir, muhasabah diri dan mengambil jalan u-turn untuk kembali kepada tujuan asal pernikahan. mungkin ada sesetengah ahli keluarga yang tak faham. kita yang faham ni, tolonglah memahamkan mereka. (pesanan untuk diri sendiri)

tak guna majlis grand gile sampai wat kat taman klcc kalau akhirnya nak bercerai-berai. untuk orang yang senang dapat duit takpelah. untuk orang yang kurang duit? haih~ satu kerugian...

**mungkin akan bersambung untuk part 3. siapa yang tahu, kan? :) **

Friday, November 26, 2010

Nikah Kahwin

.foto ihsan pakcik gugel.
'The best wedding is that upon which the least trouble and expense is bestowed".-Prophet Muhammad SAW.
 Terlintas tentang ayat2 ini sewaktu aku menyelusuri (wow,ayat skema) video pernikahan anak kepada tuan empunya NAZA bersama pasangannya suatu ketika dahulu. majlis yang berlanjutan selama beberapa hari dan disertai pelbagai hiasan yang cantik dan ramai pembantu membuatkan aku terdiam dan terkesima. lantas aku lanjutkan link itu kepada 'dia'. balasnya:

"Tak mampu la nak wat macam ni..."

aku hanya tersenyum sendiri. sebenarnya bukanlah niatku menunjukkan video itu kepadanya kerana mengharapkan majlis seumpama itu tetapi sekadar menjamu matanya sahaja (di samping memberi tanda bahwa aku ingin segerakan apa yang tertangguh ^_^ ). sungguh, secara peribadi aku sendiri pun tidak akan mampu menganjurkan majlis pernikahan sebegitu rupa.

sewaktu di sekolah pada hari isnin yang lalu pun, isu nikah kahwin ini dibangkitkan oleh rakan ku yang dengan tiba-tiba menanyakan pendapat aku dan seorang lagi guru di situ tentang 'nikah gantung'. langsung, seorang pekerja yang ada bersama-sama kami terus memberikan 'ceramah'nya tentang nikah kahwin. apabila ditanyakan pada aku tentang hantaran ku dan sebagainya, aku hanya menjawab,

"RM**k je kot. takde la nak mintak banyak2 sangat". jawab pakcik itu,

"Rm**k je? biar betul fairuz. orang keje kilang pun dah lebih dari tu sekarang." aku tersenyum.

jawabku lagi,

"Ala cik, nanti kalau mintak banyak sangat, kesian kat dia. kalau dia berhutang pun, lepas kahwin saya nak duk ngan dia jugak. kalau dia berhutang, sama la jugak dengan saya berhutang."

dan pakcik itu menyambung lagi mengatakan alasannya. aku hanya berdiam diri dan tersenyum. adakalanya aku tertawa bersama kak siti.

Realitinya, di zaman ini, jika tiada 20k di dalam tangan, maka jangan bermimpilah untuk nikah kahwin. hantaran sahaja sudah berapa. kendurinya lagi. tidak termasuk lagi dengan segala macam 'sisa' atau 'door gift' yang ingin diberikan. 'sisa' itu pula dibahagi lagi pada 2 hingga 4 kategori; kawan rapat, orang yang membantu kenduri, tetamu biasa, kanak-kanak. upah photographer lagi.

aduh, jika difikirkan semua ini, hatiku senang saja terdetik tidak mahu menikah atau berkahwin. SUSAH! tapi mengenangkan ingin menghalalkan hubungan kami, aku tahu HANYA itu sahaja jalannya; BERNIKAH.

jika diikutkan hati, aku tidak mahu majlis besar2, hantaran yang banyak atau sebagainya. tapi mengenangkan permintaan bonda sendiri, aku jadi buntu. bukan aku sahaja, 'dia' jua sama. kami berdua buntu. tak terkira rasanya betapa banyak pergaduhan yang tercetus kerana isu nikah kahwin ini. semuanya semata-mata ingin memuaskan hati BANYAK pihak. yang menerima natijah adalah KAMI BERDUA.

kenapalah orang nak menyukarkan urusan yang seharusnya mudah ini? yang pentingnya menghalalkan apa yang tidak halal itu.

haih, aku kira sampai di sini dulu. ada masa, aku sambung kembali. (migrain rasanya mengenangkan nikah kahwin ini. apa lagi menulis tentangnya) adoi~

Wednesday, November 24, 2010

Assalamualaikum

Salam to all.

Eh, jangan tekan butang 'X' tu. Jangan bimbang. Anda masih di blog yang sama. :)

Ya, blog aku yang dulu..yang berwarna hitam. penuh emosi tu. ya, ini masih blog aku yang sama.

Cuma mungkin, aku rasakan sudah cukup aku menyimpan semua cerita suka mahupun duka yang lama. Aku mahukan fresh start. walaupun bukanlah se fresh mana. tapi aku mahukan yang sedikit perubahan.

Amik masa yang lama jugak untuk aku akhirnya mengambil keputusan untuk mendelete semua entry yang ada sebelum ini. maklumlah, sudah banyak. dan terlalu panjang pula kisah hidup aku yang dipaparkan. Namun, mungkin ini yang terbaik.

Apabila kita telah bergerak ke fasa seterusnya dalam kehidupan, dan meninggalkan yang lama, sudah pastinya kita mahukan perubahan. dan itu yang aku dahagakan.

yang lalu biarkan jadi sejarah. jangan diulangi sejarah hitam. jadikan mereka sebagai pengajaran.sejarah yang manis perlu sentiasa dikenang. jadikan ia sebagai pendorong. yang penting adalah kehidupan hari ini. perlu sentiasa diteruskan. dan masa hadapan? perlu lakukan yang terbaik untuknya. namun, apalah makna masa depan tanpa sejarah.

ya, izinkan aku berubah. dan sejarah hitam, bantu aku untuk berubah ke arah yang lebih baik. sila pergi.

:)
 

Template by Best Web Hosting