Pages

Wednesday, March 23, 2011

bila aku mula membebel...

**kenapa saya letak gambar ni?
okay, persoalan saya sekarang adalah: adakah sekiranya saya ingin melangsungkan perkahwinan di kelantan, maka saya perlu mendapatkan borang nikah di kelantan?

jawapan dari mama: YELAH.

nanti saya kena hantar borang ke terengganu dan tunang saya perlu hantar ke kelantan.

saya kompius.

kenapa sekarang saya rasa urusan pernikahan banyak songehnya?

boleh tak kalau tak nak? ngeee~ ;p

*****
balik dari sekolah tadi saya ke Putrajaya. (apsal skema plak ayat aku neh?) gi sana nak amik salinan sijil SPM sebab sijil aku mama dah terbuang bersama kertas-kertas yang bertimbun dalam bilik. ;p

Alhamdulillah, tak sampai sejam pun menunggu walaupun dia cakap kena tunggu sejam untuk siapkan sijil tu. bagus servis anda di situ,bahagian lembaga peperiksaan. :)

cuma.....yang menjadikan aku agak nak menyumpah tadi adalah bila time nak cari parking. dah lah aku dengan sengal nye pegi putrajaya dengan hanya berbekalkan duit RM10 dalam purse. lupa nak singgah stesen minyak untuk amik duit sebab kalut sangat nak sampai awal. ;p kalut punya pasal, aku terpaksa la pusing beberapa pusingan kat putrajaya tu nak mencari stesen minyak. dari exit putrajaya sampailah tersesat hingga ke presint 8! itu pun aku nampak 7e. terus amik duit dan beredar nak cari bangunan kompleks kerajaan parcel E plaks.

mencari stesen minyak dah pening, masuk parcel e cari parking laaaagi pening! aku berenti depan E12, tanya guard sebab E11 depan tu je. aku tanya mana nak parking. dia cakap: parking dalam untuk staf je. pelawat parking kat lua depan pintu masuk parcel e tuh. bapak lah jauhnye! tapi aku degil. aku masuk celah2 E11 tu and cuba cari parking. apa yang aku nampak? Ya Allah..staf gomen ni parking macam umah kat FLAT! tak teratur langsung. sungguhlah indah khabar dari rupa..bangunan punya cantik, sayang tempat parking berterabur macam tu sekali. aku pusing dan pusing sampai la aku nampak pagar keluar. barulah aku nampak ada tempat parking depan Bahagian Pendidikan Guru, sebelah Alamanda. Yes. aku dapat tempat parking yang selamat dari possibility ada kereta orang langgar Edward atau calarkan Edward. Alhamdulillah.

menapak la aku ke bangunan E11 tuh. bila sampai, pergi kaunter, isi borang. bagi duit. bayaran nak dapatkan salinan sijil SPM or PMR adalah RM10. my advise to those yang nak pergi amik salinan sijil is: SEDIAKANLAH DUIT SEKEPING RM10 TU SIAP-SIAP. aku takde not 10 so aku hulur not 50.

"Cik kena tukar duit dululah. ada kafe kat sebelah sana. Cik keluar, naik tangga sikit, then nampak kafe."

aku pun dengan inesennye keluarla dari tempat tu nak ke kafe yang dikata 'dekat' tu. sekali, naik tangga, jalan mati. aku nampak kakak cleaner. aku tanya mana kafe. rupanya aku kena mendaki plak untuk ke kafe tuh! kafe tu kat bangunan Kementerian Kesihatan rupanya! memang la 'dekat' cik adik oiiii~

nasib baik menunggu tak lama untuk dapat sijil. kalau tak, mau becok mulut aku depan diorang nanti. ;p

apa-apa pun, PREVENTION IS BETTER THAN CURE. jagalah sijil SPM anda sebaik mungkin untuk mengelakkan mak anda buang sijil tu bersama timbunan kertas A4 yang lain!

sekian.

^_^


**jawapan soalan di gambar: sebab encik tunang dah janji nak bawak saya dinner kat sana lepas dah jadi isteri dia nanti! ngeh ngeh ngeh~

0 ::sok sek:::

 

Template by Best Web Hosting