Pages

Sunday, March 27, 2011

W progress-Part 1

ohhhkay.

Alhamdulillah tarikh dah finalise. Sekarang dah boleh mula siapkan apa-apa yang patut.

Rancangan kami nanti, nak majlis yang simple-simple je. Tanak yang grand dan membuang duit. Checklist di sebelah adalah boleh digunakan nampaknya. Sekarang ni tak tau nak mula dari mana. Rasanya, first sekali, aku haruslah konfem mendaftarkan diri kat PAID Petaling. Yuran standard RM80, dan tempat dekat sikit dengan rumah aku. Tarikh? yang menjadi pilihan hati adalah pada 1 April-2 April. Harap-harapnye tak adalah program sekolah yang clash dengan tarikh kursus aku pilih ni.

Mau selesaikan yang itu dahulu.

Sementara tu, hantaran 1 aku dah beli. Aku plan nak beli 3 buku Ustaz Hasrizal 'Aku Terima Nikahnya', 'BErcinta hingga ke Syurga' dan 'Murabbi Cinta' kan? Alhamdulillah masa jalan-jalan di The Store Sungai Buloh hari tu, aku ternampak set hard cover kompilasi buku Ustaz Hasrizal nih. Apa lagi? Haruslah aku terus beli! Walaupun teringat kalau kat Pesta Buku bulan 4 nanti lagi murah, tapi ngenangkan entah bila aku nak pergi Book Fair tu, aku terus je beli. Alhamdulillah.

Sekarang masa untuk Survey dah bermula! Nak tunggu sale besar-besar untuk beli barang hantaran. Nak kena tengok berita selalu about harga Emas untuk beli barang. Nak kena mula mencari tempat menempah kad kahwin. Oh, lupa!

Semalam dah berbincang dengan calon bakal OP kami. Alhamdulillah, harga yang ditawarkan tahap mampu lagi. Dan perbincangan secara serius akan dilakukan sebaik sahaja encik Tunang bagi approval. ^_^

Sekarang?

Perlu sentiasa beringat untuk berbakti secara maksima pada keluarga sendiri sebelum menjejakkan kaki ke dalam keluarga Encik Tunang! Takut! And a reminder for myself, kena selalu beringat! Tak semua orang suka tengok kita bahagia!

Ya Allah, permudahkanlah urusan pernikahan kami. Dan Kau lindungilah kami dari sebarang dugaan yang memberatkan kami. Amin...

0 ::sok sek:::

 

Template by Best Web Hosting