kadang-kadang,
bila kita berjalan,
orang akan menegur;
kenapa jalannya lurus sahaja? tak mahukah belok ke kanan atau ke kiri?
sedangkan kita sudah punya matlamat dan hala tuju sendiri.
lalu,
kita pun mengikut kata mereka.
dari jalan yang lurus, kita ke kanan atau ke kiri.
sudahnya, matlamat entah ke mana,
hala tuju dipandang sepi.
mereka yang menegur tadi,
tiba-tiba hilang lesap.
sesudah kita sesat di jalan yang diberitahu,
mereka pun hilang,
menjadikan kita tergagau mencari arah pulang sendiri.
itulah manusia.
tidak pernah berpuas hati dengan apa yang orang lain lakukan.
mahu yang lain mengikut cara mereka sahaja.
walaupun tidak punya kaitan dengan diri mereka,
mereka tetap mahu punya bahagian dalam memberi arah tuju.
tak salah.
memang tak salah mendengar nasihat dan kata-kata orang lain.
walaupun di akhirnya, kita sendiri yang akan tersesat.
tapi berpijaklah di bumi yang nyata.
mereka tidak lalui apa yang kita lalui.
mereka sekadar melihat dengan mata kasar.
di hujungnya susah payah senang kita sendiri.
ya, lebih mudah mengatakan dari melakukan.
sesungguhnya.
Luahan #2
6 years ago
0 ::sok sek:::
Post a Comment