Pages

Monday, February 04, 2013

Rawatan Kesuburan: HSG X-ray.

Perkongsian kali ini sedikit serius.

How to start this story of mine?
Hmm, maybe I'll just start with 'Salam'.

Hujung November yang lepas, kesinambungan dari rawatan yang sedang aku jalani dengan Dato' Dr. Hamid Arshat, aku dijadualkan untuk mendapatkan HSG X-ray. Tujuan x-ray ni adalah untuk tengok samada laluan ke ovari kita tersumbat atau tidak. Kalau tersumbat, itulah yang membuatkan aku masih belum mengandung lagi, walaupun dah setahun bernikah.

Mula-mula nak buat tu, memang rasa excited sebab ada Cikgu di sekolah aku yang mengalami masalah yang sama, lepas buat HSG x-ray, belum sempat buat ujian air mani suami dia, Alhamdulillah terus lekat. Dia pun menunggu 3 tahun untuk dapat baby. So, dalam hati berkobar-kobar nak buat sebab kononnya mengharapkan akan mendapat hasil yang sama.Ada jugak survey melalui blog, website n rakan-rakan cikgu, rata-rata berkongsi pengalaman yang berbeza. Ada yang kata sakit, ada yang kata tidak. Dan orang yang paling rapat dengan aku di sekolah yang turut pernah menjalani ujian yang sama, mengatakan dia tidak merasa sakit setelah melakukan ujian ni. Jadi, bertambahlah kekuatan dan keyakinan untuk melakukannya.

Aku tunggu sehingga Encik Suami pulang dari bumi Sarawak. Dengan harapan dia dapat menemani aku sepanjang proses x-ray dijalankan. Alhamdulillah, memang dia setia menemani aku, walaupun dia penat dan terpaksa qadha' tidur dalam kereta sepanjang menunggu giliran aku, dia tetap gagahkan diri masuk ke klinik setelah aku menghantar kiriman sms meminta dia masuk ke klinik. Thanks sayang. :)

Walaupun aku mendapat rawatan di Klinik Dr. Hamid Arshat di Bukit Damansara, x-ray ini perlu dilakukan di Klinik Daya Bumi yang terletak di Kuala Lumpur. Mula-mula suspen jugak  nak memandu ke KL di pagi hari. Maklumlah, aku tersangat tidak menyukai kesesakan lalu lintas. Rupa-rupanya klinik ini terletak 1 bangunan dengan Bangunan DBKL. Sangat senang untuk cari dan yang lagi best, ada parking berbayar di sebelah bangunan tu. (KL sangat terkenal dengan susahnya nak letak kereta bila ada urusan penting).

Oh, sambung semula cerita.

Jadi bila sampai giliran aku, aku diarahkan masuk ke dalam 1 bilik khas untuk melakukan x-ray ini. Aku diarahkan untuk menukar pakaian ke pakaian khas mereka, dan baring di atas tempat yang disediakan. Masa nilah jantungku mula nak menari rancak. Tarian yang agak perlahan menjadi semakin rancak bila 2 doktor yang bertanggungjawab melakukan prosedur ini masuk ke dalam bilik x-ray. Seorang Doktor lelaki, dan seorang doktor perempuan, bersama dengan seorang jururawat. Memang jantung berdegup sangat kencang, tapi hati cuba menenangkan diri, takut ada effect pada prosedur tu nanti.

Cubaan pertama memasukkan cecair ke dalam tiub ku gagal. Doktor kata, "Don't worry, we'll try again". Waktu tu dah mula terasa kecewa.
Cubaan kedua juga gagal. Aku mula terasa ingin menangis. Doktor sampai bertanya "What's wrong with this?" (walaupun soalan tu tak tertuju kepada aku, aku masih terasa sedih) Doktor perempuan cuba menenangkan aku.
Cubaan ketiga- Alhamdulillah berjaya. Dan aku dapat rasa kesejukan itu sewaktu cecair yang dimasukkan melalui tiub yang disaasarkan.

Setelah selesai, dan mereka mendapat gambaran x-ray yang diinginkan, aku diarahkan untuk menukar ke pakaian asal ku kembali. Nasihatku, jika ingin memudahkan anda, pakailah kain agar senang anda nak menukar pakaian di dalam tandas yang disediakan.

Perlu menunggu hampir setengah jam, barulah aku diberikan keputusan x-ray yang diletakkan di dalam sampul dan perlu diserahkan kepada Doktor Hamid Arshat. Lalu, setelah pembayaran selesai, aku dan suami terus menuju ke Bukit Damansara. Sangka ku hanya perlu menyerahkan keputusan x-ray itu sahaja, rupanya aku tersilap. Lalu jururawat dari Klinik Dr. Hamid Arshat memberikan aku 1 tarikh untuk kembali dan terus bertemu Doktor untuk konsultasi.

Dan kami kembali bertemu Doktor Hamid. Pertemuan pertama, aku hanya dapat pergi seorang diri kerana Encik Suami masih di Sarawak, Alhamdulillah pertemuan kali ini kami dapat masuk bertemu Doktor bersama-sama. Sesungguhnya saat itulah saat yang paling berharga kerana sekiranya ada sebarang perkhabaran, secara terus dapat diketahui oleh kedua pihak. Alhamdulillah, laluan tiub ku tiada apa-apa masalah. Cuma Doktor masih menegur kerana berat badan yang masih tidak berkurangan. Sungguh aku telah cuba menurunkan berat badan namun tidak berjaya. Agak sedih di situ. Lalu Doktor menasihatkan kami untuk terus mencuba, dan memberikan kami tempoh masa 6 bulan dari tarikh x-ray untuk cuba mengandung. Dan Doktor membekalkan aku bekalan clomid (ubat kesuburan) untuk 2 cycle.

Sayangnya cycle pertama gagal. Dan kini aku sedang di dalam cycle kedua. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepada kami kali ini. Amin...

Agak panjang entry kali ini. Rasanya aku perlu menyambung ke entry seterusnya. Mata pun tidak membenarkan aku menaip lebih lama. Lalu sehingga berjumpa lagi! :)

xoxo

0 ::sok sek:::

 

Template by Best Web Hosting