Pages

Monday, December 20, 2010

redeployment

salam to all.

i bet some of u have heard about this, rite? isu yang membuatkan ada guru yang dipindahkan ke sekolah lain kerana pelaksaan dasar 'Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris'. As the result, sekolah2 yang terlebih guru opsyen perlu mengeluarkan guru mereka untuk ke sekolah yang kekurangan guru opsyen. dan salah seorang dari 'mangsanya' adalah aku. :)

kalau diikutkan, aku tidaklah selayak guru2 senior yang lain yang dipindahkan setelah sekian lama mengajar di sesebuah sekolah tu untuk merungut dan mengomplen. kalau ditanya apa perasaan aku, aku takleh nak kate apa2. aku hanya YANG MENURUT PERINTAH. yelah, dah ikat janji dengan gomen, ape pun yang diorang wat walaupun rasa tak puas hati TERPAKSAlah ditelan. walaupun tertarik dengan galakan NUTP untuk mengadu pada mereka tentang isu ini, tapi aku rasa aku masih tidak layak.

baru sebulan lebih berada di SK SUNGAI SERAI, baru nak belajar sayang sekolah, baru nak menabur bakti, baru nak hafal lagu sekolah, dah kena pindah. ralat? mestilah. tambah2 bila dah mula rapat dengan cikgu2 di sekolah tu and dah kenal jalan sekitar kawasan tu. tiba2 je nak kena pindah sekolah. apa perasaan anda kalau anda yang kena? tak tergambar. yep yep. tak tergambar.

tambah2 bila anda dapat tahu yang ada ditukarkan ke sekolah lain sebab lebih guru opsyen bahasa inggeris, dan sepatutnya yang masuk sk sungai serai adalah cikgu opsyen matematik tapi yang masuk adalah cikgu opsyen bahasa inggeris jugak. hancur tak hati? mestilah. sape yang takde rasa tak puas hati kalau macam ni,kan? buat apa pindahkan aku tapi masukkan cikgu yang sama opsyen dengan aku? alasan yang aku dapat adalah aku cikgu paling baru report duty kat sekolah tu. so nama aku yang diberikan pada ppd untuk ditukarkan.

tapi takpelah. mungkin rezeki aku di sekolah baru lebih baik. aku yakin, Allah dah janjikan sesuatu yang baik untuk aku di sekolah baru, insyaAllah.

disebabkan tak tergambar, aku pun tak tau nak membebel ape. tak tahu bila nak pergi report duty. tak tahu macam mana aku nanti di sekolah baru. apa pun, bertabahlah, siti fairuzniza! :)

5 ::sok sek:::

Unknown said...

sama la kita.... ditukar ke sekolah lain sebab terlebih guru opsyen BI. Sedih jgk, tapi takda tempat nak mengadu... yg pasti, why me?? dah la dulu dah penah mengajar di pedalaman swk, now kena hantar plak ke sekolah blh dikategorikan ulu, bukan tak sudi.. tapi dah pernah merasa. Cikgu2 yg lain tu, ada yg x penah dihantar ke pedalaman, knp bukan mrk?? tapi takpa la.. mungkin rezeki yg lebih baik di sekolah baru.

fairuzniza said...

Vironica:
itulah yang digunakan untuk menydapkan hati sendiri. mungkin rezeki lebh baik di tempat baru. Dia lebih tahu jadi biarlah Dia yang menentukan semuanya. walau hati tak rela, tapi kalau dah takdir, kena jugak terima.. :)

semoga semuanya baik sahaja untuk kamu dan ramai lagi yang senasib dengan kita. ^_^

Sumaiyyah said...

Kak Fye ada blog rupanya..baru discover haha...:P

Sian akak. Well, kot2 sekolah baru syok lagi...?

fairuzniza said...

sumaiyyah:
la,siannye.kak fye ada blog ni dari 2007 kot.huhu..cuma entry2 lama dah delete. ;p

insyaAllah,memang ada la yang baiknya bila Dia tentukan sesuatu tu.cuma antara lambat atau cepat je kita nak nampak hikmahnye. :)

Sumaiyyah said...

Yoko...lama dah tu. Tak pa, baguih2. Mayah tak tau sebab baru2 ni ja baru join the blogging world. Syok jugak ghupenye. hoho

 

Template by Best Web Hosting