Pages

Saturday, December 11, 2010

Thank you Allah...

dah lama sangat nak tulis tentang ni. bila dia balik sini minggu lepas, baru ada kekuatan nak menulis semua ni. 

terkadang tu...

aku selalu je merungut sendirian tentang,
  • dia tak selalu kol
  • dia tak selalu sms
  • dia tak selalu jumpa aku
  • dia tak berkongsi cerita
  • dia tak berkongsi masalah
  • dia tak tinggi sangat
  • dia jarang beromantik ngan aku
  • dia jarang bergurau ngan aku compared to dengan kawan2 dia n kawan2 aku
  • dia jarang melawak depan aku
  • dia susah nak bagi benda yang aku nak sangat2 macam teddy bear or bunga
  • sekarang kami jauh sangat
  • dia susah nak faham keadaan aku
  • dia itu
  • dia ini
  • dia lala lala~


sedangkan sebenarnya...

dia yang banyak berkorban untuk aku-masa ,wang dan tenaga.

dia yang sanggup hantar aku dari tanjung malim ke kl masa aku degil pergi jugak tempat dia study dulu

dia yang sanggup berjalan kaki dari melaka sentral ke rumah sewa aku depan maktab untuk jemput aku yang tengah demam time tu untuk balik kl.

dia yang sanggup bawak motor aku dari kl ke melaka

dia yang sanggup singgah melaka on the way balik kl dari muar bila aku tengah serabut kepala untuk menenangkan aku

dia yang sanggup naik motor dari klang ke uia untuk jumpa aku

dia yang sanggup balik sekolah terus ke pudu untuk teman aku balik segamat umah kakak aku dari kl

dia yang sanggup tiba2 terpacul depan mata aku dari terengganu di shah alam sedangkan dia cuma pesan ada kirim barang pada kawannya. 'barang' itu adalah dia.

dia yang sanggup balik dari sarawak untuk menghadiri konvokesyen aku dan bagi hadiah bunga with teddy bear

dia yang sanggup tiba2 muncul di kampung aku pasir putih semata-mata sebab aku duk merungut dia tak pernah jejak kaki umah nenek aku

dia yang sanggup pesan kat aku suh amik barang dia kirim pada kawan dia sekali lagi di lcct sedangkan barang tu adalah dia yang balik dari sarawak semata-mata sebab aku rindukan dia dah 2 bulan tak berjumpa

dia yang sanggup tahan dengar aku membebel dalam kereta, kat shopping mall atau mana2 sahaja

dia yang sanggup dengar cerita mengarut aku dan layan aku sampai aku sendiri terdiam

dia yang sanggup gelakkan lawak aku yang selalu tak menjadi

dia yang sanggup bertahan bila aku marah, aku merepek, aku mengamuk dan sebagainya

dia yang sanggup buat apa pun untuk buat aku hepi.

dia yang dah banyak sangat buat perkara yang sampai aku tak terdaya nak menulis kat sini

haih~

dia...

dear, thank you very much. from the bottom of my heart, i thank u sooooo much for being there in my life, thru my ups and downs. terima kasih atas segala kejutan, segala hadiah, segalanya yang awak lakukan untuk buat saya hepi. terima kasihhhhh sangat-sangat.

Dear Allah, please take care of him. please bless him with happiness. Thank you Allah, for giving me the chance to get to know him. And Dear Allah, satukanlah kami dengan ikatan yang halal...amin...

0 ::sok sek:::

 

Template by Best Web Hosting