Pages

Sunday, March 20, 2011

bertemu itu indah.berpisah itu payah.

Longlai.

Itu yang aku rasakan sewaktu mengorak langkah meninggalkan perkarangan Perlepasan di KLIA sebentar tadi. Apabila tubuh dipusing menghadap awah lawan, air mata merembes keluar.Setitik. Aku sapu dan mempercepat langkahku agar tidak lebih lama di situ. Telefon berbunyi minta dijawab. Aku jawab, dan ku dengar suaranya.

"Dah jalan ke?" ringkas soalannya.

"Jangan call. Nanti nangis." Lalu ku matikan panggilan itu.

Sungguh. Akhirnya aku menangis. Air mata yang dikepung sebentar tadi mula membasahi wajah. Ku kesat, dan ku hampiri lif. Ada lelaki yang masuk. Aku diam.

Tiba sahaja di kereta, aku labuhkan diriku. Ku kunci pintu rapat. Dan aku keluarkan cermin mata hitamku. Dan akhirnya, seperti empangan, air mata dipam-pam keluar membuatkan wajahku lencun. Sepanjang perjalanan ku dari KLIA ke Subang, air mata ini tidak dapat ditahan.

Ya, kami bukan tidak biasa berpisah seperti itu. Masuk hari ini, entah sudah berapa kali aku menghantarnya ke KLIA mahupun LCCT. Seharusnya aku sudah biasa. Sudah lali. Tapi entahlah.

Setiap kali bertemu, kami punya agenda tersendiri. Aku rasa...'penuh'. Itu sahaja yang mampu menjelaskan apa yang ku rasa. Setelah menghantarnya, separuh dari jiwa ini pergi ku rasakan. Dan aku rasa...kosong.

Paling teruk, aku rasa sunyi.

Ya, aku sunyi.

Semoga ini adalah kali terakhir aku menghantarnya ke seberang sana!

Amin.

10 ::sok sek:::

manueng said...

siapa? dia g mane?

fairuzniza said...

faiz:
dia lah. balik ke sarawak. :)
dia ngajar kat sana. :)

manueng said...

owh...swak tu...susah nak jumpe... ko plak kene posting mane?

fairuzniza said...

faiz:
itu la..dah setahun lebih dia kat sana. :)

aku posting sini je.sekarang ngajar di sungai buloh. ^_^

manueng said...

untung la ko dpt dekat je...tp xpe la dia g sane...dia laki...dia kene katne? bandar ke pedalaman?

fairuzniza said...

faiz:
untung tak untung jugak la..banyak oh dugaan duk jauh nih. ;p

dia kat kapit, bandar la jugak. tapi takde la se'bandar' pekan kecik kat KL nih. :)

manueng said...

owh...kapit...aku tau tempat tu walopun xpnah g...naseb bek la bkn ko yg kat sane...gitu lg la truk...huhu

fairuzniza said...

faiz:
yep.klu aku gi sana jugak, alamatnye memang lambat lagi la kami nak balik sini. dah dua2 kat sana, takde alasan dah nak mintak balik semenanjung.huhu

manueng said...

tu la kan...kalo x, anak korg ckp sarawak je la nnt...hehe=p

fairuzniza said...

faiz:
cakap sarawak takpe lagik.pk nak kene ngangkut budak2 dalam flight tiap2 kali nak balik beraya tu buat aku rasa sesak.hahahahah~

 

Template by Best Web Hosting