Pages

Friday, November 26, 2010

Nikah Kahwin

.foto ihsan pakcik gugel.
'The best wedding is that upon which the least trouble and expense is bestowed".-Prophet Muhammad SAW.
 Terlintas tentang ayat2 ini sewaktu aku menyelusuri (wow,ayat skema) video pernikahan anak kepada tuan empunya NAZA bersama pasangannya suatu ketika dahulu. majlis yang berlanjutan selama beberapa hari dan disertai pelbagai hiasan yang cantik dan ramai pembantu membuatkan aku terdiam dan terkesima. lantas aku lanjutkan link itu kepada 'dia'. balasnya:

"Tak mampu la nak wat macam ni..."

aku hanya tersenyum sendiri. sebenarnya bukanlah niatku menunjukkan video itu kepadanya kerana mengharapkan majlis seumpama itu tetapi sekadar menjamu matanya sahaja (di samping memberi tanda bahwa aku ingin segerakan apa yang tertangguh ^_^ ). sungguh, secara peribadi aku sendiri pun tidak akan mampu menganjurkan majlis pernikahan sebegitu rupa.

sewaktu di sekolah pada hari isnin yang lalu pun, isu nikah kahwin ini dibangkitkan oleh rakan ku yang dengan tiba-tiba menanyakan pendapat aku dan seorang lagi guru di situ tentang 'nikah gantung'. langsung, seorang pekerja yang ada bersama-sama kami terus memberikan 'ceramah'nya tentang nikah kahwin. apabila ditanyakan pada aku tentang hantaran ku dan sebagainya, aku hanya menjawab,

"RM**k je kot. takde la nak mintak banyak2 sangat". jawab pakcik itu,

"Rm**k je? biar betul fairuz. orang keje kilang pun dah lebih dari tu sekarang." aku tersenyum.

jawabku lagi,

"Ala cik, nanti kalau mintak banyak sangat, kesian kat dia. kalau dia berhutang pun, lepas kahwin saya nak duk ngan dia jugak. kalau dia berhutang, sama la jugak dengan saya berhutang."

dan pakcik itu menyambung lagi mengatakan alasannya. aku hanya berdiam diri dan tersenyum. adakalanya aku tertawa bersama kak siti.

Realitinya, di zaman ini, jika tiada 20k di dalam tangan, maka jangan bermimpilah untuk nikah kahwin. hantaran sahaja sudah berapa. kendurinya lagi. tidak termasuk lagi dengan segala macam 'sisa' atau 'door gift' yang ingin diberikan. 'sisa' itu pula dibahagi lagi pada 2 hingga 4 kategori; kawan rapat, orang yang membantu kenduri, tetamu biasa, kanak-kanak. upah photographer lagi.

aduh, jika difikirkan semua ini, hatiku senang saja terdetik tidak mahu menikah atau berkahwin. SUSAH! tapi mengenangkan ingin menghalalkan hubungan kami, aku tahu HANYA itu sahaja jalannya; BERNIKAH.

jika diikutkan hati, aku tidak mahu majlis besar2, hantaran yang banyak atau sebagainya. tapi mengenangkan permintaan bonda sendiri, aku jadi buntu. bukan aku sahaja, 'dia' jua sama. kami berdua buntu. tak terkira rasanya betapa banyak pergaduhan yang tercetus kerana isu nikah kahwin ini. semuanya semata-mata ingin memuaskan hati BANYAK pihak. yang menerima natijah adalah KAMI BERDUA.

kenapalah orang nak menyukarkan urusan yang seharusnya mudah ini? yang pentingnya menghalalkan apa yang tidak halal itu.

haih, aku kira sampai di sini dulu. ada masa, aku sambung kembali. (migrain rasanya mengenangkan nikah kahwin ini. apa lagi menulis tentangnya) adoi~

5 ::sok sek:::

manueng said...

xtau la...skang byk kes cani...og yg plg penting dlm perkahwinan tu (pengantin laki n ppuan) ok je wat simple2...asalkan ikut ape yg agama ajar...utk secara rasminye menghalalkan ape yg sebelum ni x halal...tp org lain plak yg cerewet x tentu pasal...last2 pengantin yg susah...adoi~

fairuzniza said...

faiz:
aku penah attend majlis nikah yang sangat simple.that's so sweet. yang pentingnye BERKAT kan? :)

tapi tu la..kalau dapat family yang memahami, it shouldn't be a problem.kita la kene memahamkan diorang. tapi cuba pk, sebab majlis nikah kahwin ni, dengan family sendiri pun leh gaduh.

apekah???

manueng said...

tu la...tau la kawen sekali je seumur idup...tp kalo dah pengantin pun rase ok je wat simple2, aku rase org len selain pengantin tu patut ikut je la pilihan pengantin...mcm ko kata, yg penting berkat;)

p/s: harap2 la la aku x kene cam ko...ujian btul...sabo je la eh;)

fairuzniza said...

faiz:
biasanya lelaki senang skit sebab family diorang dah banyak kene pk pasal hantaran.so when it comes to kenduri bila dah kene banyak tang hantaran memang la kene wat ikut kemampuan. yang nak grand sangat biasanya pompuan.

itulah..klu ikutkan hati memang takut nak bawak isu nikah kahwin ni utk bincang. bimbang jadi makin teruk.

aku doakan semoga urusan ko dipermudahkan. as for me, doa itu penting. kene banyak mintak Dia lembutkan hati semua pihak yang bakal terlibat. :)

manueng said...

amin~ =)

 

Template by Best Web Hosting