Pernah dengar lagu tu? Um, mungkin untuk kaki karok macam aku, lagu tu dah selalu sangat didengar. :) kenapa bertajuk begitu? haruslah kerana ayat itu lah yang paling tepat menyatakan rasa hati.
As a normal human being, diri ini selalu sangat rasa nak ubah sesuatu perkara setelah ianya terjadi. perkataan 'kalaulah' selalu sangat menjadi raja pada minda.
"Kalaulah aku tak kenal mamat tu."
"Kalaulah aku bawak laju sikit kereta tadi."
"Kalaulah aku pindah rumah dari awal lagi."
"Kalaulah aku tak isi borang mintak course tu."
"Kalaulah aku balik rumah minggu ni"
"Kalaulah itu"
"Kalaulah ini"
gambar milik http://www.selfhelpmagazine.com/ |
...dan macam-macam 'Kalaulah' lagi yang boleh kita senaraikan.
Sebagai manusia biasa yang sememangnya tiada apa yang istimewa, perkataan tu sebati sangat dengan diri ni. terlalu banyak perubahan yang nak dilakukan dengan tangan sendiri yang tidak ada apa-apa kuasa ini. terlalu banyak pulak perkataan dan perbuatan yang nak di 'undo' kan dan di 'control'+'Altenate'+'Z' kan. realitinya, pernah ke kita mampu buat semua tu?
N to the O to the P to the E.
nande?
Haruslah jawapannya adalah : semuanya ketentuan Dia. Dia yang menentukan segalanya. Kita ni pembawa watak yang Dia aturkan je. Jalan cerita, watak dalam cerita, krisis dalam cerita, klimaks, dan penutup jalan cerita semua Dia dah susun. Sebab tu sepatutnya tak wujud perkataan 'kalau' dalam diri.
Dia dah tulis cerita kita dengan sebaik-baiknya. Maka, hidupkan lah hidup anda. kalau diikutkan kalau, memang sampai bila-bila kita takkan bangkit dan maju ke depan. kalau berkalau-kalau lagi, cuba duduk, renung dan fikir. Kalau Dia tak ciptakan kita, maka tak ada lah kita di dunia. nak Dia fikirkan 'kalau' yang begitu? *Nauzubillah*
Jangan ada PENYESALAN dalam diri. kalau ada penyesalan pun, tukarkan pada PENGAJARAN. ambil iktibar, dan jangan ulangi. pengalaman tu seharusnya mematangkan diri, bukan mematikan diri.
Untuk itu, kurangkan 'kalau', banyakkan berfikir, tingkatkan prestasi. ^_^