Pages

Friday, June 29, 2012

Awi Rafael dan Tatoo.

Salam semua.

Terpanggil sebenarnya untuk menulis tentang ini setelah beberapa minggu disuap dengan berita tentang ini dari media. Bukan bias atau berpihak pada yang salah, tetapi kalau pun aku bukan dari salah seorang AwiDDicteds yang tegar, aku pasti tetap akan memohon anda semua supaya tidak menjatuhkan sebarang hukuman terhadap pemilik nama Awi Rafael atau Muhammad Nabawi Ewan bin Gunawan Rafael ini.

Petikan pengakuan Awi Rafael dalam page facebook nya:
Assalamualaikum sume, harap sahabat semua ok.. Sebenarnya awi x boleh dpt tido, atas sebab2 yg ada diantara kamu tahu. Tapi jgn risau, awi tenang dan awi redha. Sebelum awi luahkan semua yg benar kpd media esok petang, bersama ibu dan sahabat2 rapat awi, ingin awi katakan sedikit kpd team #awiDDicted krn utk korg semua..awi berani tampil ke hadapan, meng- hadapi semua dengan senyuman. Hanya utk kamu semua.

Terharu hati awi membace kata2 positif sahabat semua, kata2 nasihat..awi bersyukur diberi dariNya teman2 yg ikhlas dgn diri awi, menerima awi seadanya dan tidak menghakimi awi atas kesilapan2 yg pernah awi buat pada suatu masa tahun2 dahulu, masa muda dan masih mentah fikiran awi masa itu.

Dugaan itu akan sentiasa ada apabila seorang insan ingin coba kembali kpd jalan yg benar. Taubat awi antara awi dgn Allah, dan kemaafan pertama adalah dari Ibu, dan syukur..ibu sudah lama maafkan awi, malah percaya bahawa awi mampu mempertingkatkan diri, hati dan jiwa.

Hikmah ada disemua yg terjadi, dan semua yg terjadi dtg dariNya. Maka itu, maafkanlah insan2 yg pernah mengutuk,mencaci dan mempertikaikan semua tindakan awi. Maafkan mrk yg dengki dgn rezki awi, rezki yg dtg dari titik peluh kerja keras awi, hasil rezeki yg halal awi mencari melalui lagu2 awi. Itu namanya redha, dan biler seorang insan itu redha, inshallah akan dtg ketenangan hati yg wajib kiter rasakan. Ketenangan menghadapi masalah adalah nikmat yg diberi olehNya.. itu yg ibu awi selalu nasihat biler awi lemah, atau takut.

Doakan awi, inshallah esok awi akan dpt semangat dari doa2 korg semua, di mana jua..asalkan dtgnya dari hati ikhlas. Utk peminat2 yg x sadar apa yg telah berlaku, bersabarlah dan nantikan luahan hati awi ke media pd minggu ini.

Hikmah besar yg awi nampak dari kejadian ini juga adalah kesyukuran awi utk dpt melihat dan menilai siapa diantara korg semua yg betul2 menyokong awi, di masa awi diatas, dan dimasa awi goyah dibawah. Hanya Allah sahaja yg dpt membalas budi baik korg, dan ingat..doakan mrk yg mengatakan bende2 x baik ttg awi. Biarkan mrk, maafkan lidah mrk,inshallah. Itu yg awi sendiri minta ya kwn2..

"Hadapi Dengan Senyuman"- itu bukan hanya sekadar lagu utk awi, lagu itu sebenarnya adalah doa. Sebutir doa yg awi nyanyikan utk hati kecil awi, dan Ahmad Dhani sendiri menerima dan bangga dgn penghayatan lirik beliau,biler disampaikan oleh awi yg tidak sempurna ini.

Doakan awi, dan awi terus berharap sahabat semua ada dibelakang awi, menyokong awi dan sama2 kiter belajar dari kesilapan masing2.

Wassalam,
Syg korg semua.

Awi Rafael.
Rasionalnya, pasti kita terlintas di fikiran kenapa la Awi sampai sanggup buat tatoo kat badan sedangkan dia tahu dia beragama Islam. Tapi...bohonglah kalau kita katakan kita tidak pernah sesaat pun hanyut dengan leka fatamorgana. Mungkin cubaan lebih besar diberikan untuk insan bernama Muhammad Nabawi Ewan ini hinggakan dia sanggup membiarkan tubuhnya dilukis tatoo. Bukan ingin mengatakan kecil kesalahannya. Sungguh, kesalahan seperti itu memang langsung tidak pernah terlintas di akal ku. Tapi kawan-kawan...cubalah berada di dalam situasinya.

Jangan terlalu yakin mengatakan kita akan tetap tetap tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam walaupun kita berada di luar negara MELAINKAN kita berada bersama rakan-rakan yang benar. Ujian dari Dia untuk setiap hamba Nya adalah berlainan. Mungkin kita tidak diduga dengan dugaan berada di luar negara dan mempunyai tatu atau meneguk air kencing Syaitan, tapi kita diduga dengan hebatnya godaan wanita dan leka dunia di Malaysia. Sedangkan ramai yang tersesat di Malaysia sendiri, itupun kita masih berani mengatakan kita ini beriman sehingga mampu menjatuhkan hukuman terhadap orang lain.

Ini mungkin harinya, menerima dugaan sehebat ini. Andai dia mampu berdiri tegak seperti dahulu selepas redanya dugaan ini, aku pasti akan ramai mata-mata yang mengagumi betapa tegarnya seorang Awi Rafael. Dan aku, jauh di sudut hati menanti hari itu.

Jadi teman, janganlah menjatuhkan hukum sendiri. Kita ini hamba sahaja. Hanya DIA yang berhak mengadili hambaNya. Jangan terlalu angkuh menilai dosa orang lain sehingga terlupa titik hitam yang bertompok di dalam hati sendiri. Biarlah DIA menjalankan kerjaNya. Tak perlu kita selaku hambaNya yang hina sibuk mewakili DIA kononnya mengatakan itu ini tentang hambaNya sendiri. Kerana jika tersilap langkah, entah siapa tahu perkara itu berbalik kepada kita sendiri.

Jaga Iman, jaga hati, jaga amalan kita. :) Semoga yang sedang membaca ini terus dilimpahi rahmatNya. Amin.

Artikel selain ini untuk isu ini:
Awi Rafael Buang Tatu Cara Perubatan Islam

Ustaz Puji Sikap Terbuka Awi Rafael & Taubat Dalam Isu Tatu

Thursday, June 28, 2012

Dejavu di Kinabalu. :)

Eh, kalau anda terjumpa link ni bila cari tentang drama Dejavu Di Kinabalu lakonan Tiz Zaqyah and Akasha tu, maafkan saya. :) Saya bukan nak menulis tentang drama tu, tapi tentang Kota Kinabalu. :)

Tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni terasa dekat dengan Kota Kinabalu. Bermula dengan lepas tengok telemovie 'Hatiku Di Kinabalu' lakonan Zul, Liana and Irma Hasmie, langsung terasa rindu yang amat pada Kinabalu. Terus, terkenang saat-saat bulan madu dengan suami tercinta kat sana bulan November yang lepas. :) Tambah-tambah bila ada drama Dejavu di Kinabalu sekarang, lagi lah bertambah rindu.

Ada usulkan pada suami untuk ke sana semula, tapi katanya mungkin lain kali. Hmm..entahlah. Hati meronta-ronta nak ke sana ni. Tak tahu kenapa.
Hanya Dia yang tahu. :)

Gambar atas: Di hotel. Kami tinggal di Hotel Yaho, Sambulan sepanjang di sana. Nice hotel. Tak terlalu mahal, tak terlalu murah. Sederhana dan affordable. Bilik yang selesa, dengan TV, aircond, bilik air yang bersih. Pendek kata selesa lah tinggal kat sana. :)

Hari pertama kat sana, kalau tak salah suami bawak berjalan ke 1 Borneo, dekat dengan UMS. Seronok jugak sebab banyak barang kat sana. Selain ada barang2 sama macam semenanjung, ada stall2 yang jual barang2 cenderahati Sabah. Tapi tak beli lah sebab mahal. Suami suruh tunggu beli kat Pasar Philipines. :)

Hari kedua kami lepak2 bandar KK je. Pergi Pasar Philipines beli T-shirt untuk kaum keluarga and beberapa cenderahati untuk yang ada di hati. ;p For me, pasar Philipines is a must kalau dah sampai Kota Kinabalu. Memang rambang mata tengok semua yang ada kat situ. Tambah2 kaki2 shopping macam kite. ;p
rambang mata nokkkk nak pilih gelang mutiara. ;p


terubuk masinnnnn...terubuk masinnnnnn ;p
gamat gamat..sapa mau? ;p

Hari ketiga kami ke Kundasang. Tempat yang MasyaAllah sangat cantik dan nyaman. Lalu Tamparuli, *suami sebut kampung Marsha okayh? Ntah bila dia tahu pun tak pasti* Memang orang2 sana sangat putih melepakkkkk. Mungkin sebab tak terlalu terdedah dengan matahari macam kita kat sini kot. Tambah2 sejuk je kat sana. Kami gerak ke sana seawal pagi sebab nak balik semula ke Sembulan petang tu. Masa sembang dengan orang yang sewakan kereta kat kami, dia ada bagitau jugak sebaiknya stay Kundasang je. Baru dapat rasa puas2 duduk sana tapi kami duk sehari je. :)

Gambar atas: Di Poring. Nak naik Gunung Kinabalu macam tak larat, so kami naik lereng-lereng Gunung Kinabalu je. Kat Poring. :) Panjat atas, untuk naik jambatan gantung. Dapat la jugak tengok puncak Kinabalu tu even dari jauh. :)

Di jambatan gantung. :)

Suami dengan latar belakang Gunung Kinabalu. Somewhere kat tempat ni jugaklah scene last cerita Hatiku Di Kinabalu tu. :) Sebab tu touching lebih bila tengok cerita tu, teringat. :)

Lepas Poring, kami ke tempat bunga raflesia dekat dengan Poring tu jek. Bayar RM10 sorang kalau tak salah, and leh tengok for 20 minutes gitu je. Takde apa pun kat dalam tu except bunga raflesia yang dalam pagar. Sebab tak pernah tengok live bunga tu, aku ajak je suami masuk. :)


 Lepas tengok Raflesia, kami naik ke atas sikit pergi tempat ikan kelah. Macam spa ikan kat semenanjung jugak, yang lainnya ni semua ikan kelah yang besar-besar! :) Aku geli tapi suami rilek je main ngan ikan-ikan tu. 

nama tempat ikan kelah tu. :)
 Lepas tu apa lagi kalau bukan lagi satu tempat wajib kalau dah sampai Kundasang? Ladang tehhhhhhh!! :) Merasa la jugak minum teh yang fresh la kononnya kat atas puncak bukit tu. :) Aku lupa aku order air Teh apa tapi rasanya memang lain and sedapppp! :)


Lepas tu kami gerak balik ke Sembulan. Bertolak dalam jam 4 or 5 gitu lah sebab suami bimbang kalau gelap nanti tak nampak jalan sebab jalan akan berkabus yang amat bila dah malam. Sempat singgah Solat Jama' Zuhur & Asar di Masjid dekat Kundasang tu. Masa amik wudhu', airnyaaaa...MasyaAllah sejuk yang amattttttt :) Kalau mandi tu mau terketar-ketar aku. Masa gerak balik tu pun memang dah gelap. Suami yang drive sendiri so bimbang gak la aku ni. Sampai 1 point tu, kabus memang tebal yang amat, tambah hari hujan, sampai suami terpaksa berhenti tengah jalan. Mujur lah takde kereta kat belakang. Kalau tak, rasanya terkena dah tu. huhu

Hari keempat pun berpeleseran area Kota Kinabalu tu je. :) Pergi Pantai Tanjung Aru untuk makan. Makan Sugarbun. Sedap! Style fast food KFC or McD kat Semenanjung tapi ada nasik. Menarik! :)


cinta. :)
semoga cinta kami hingga ke Syurga, amin... :)
 Masa kat sana, kami pergi rumah tuan kereta sewa kami tu sebab ada masalah sikit, kami kena tukar kereta. :) Rupanya dia dan isteri orang semenanjung tapi dah duduk sana dah 20 tahun. Anak2 pun semua dah cakap Sabah. Seronok duk kat KK katanya. Rasa macam tak nak balik Semenanjung. Eh, apsal aku pun terasa benda yang sama ni? ;p

Apa-apa pun, sesungguhnya aku nak pergi Kota Kinabalu semula! :) Sungguh, berada di sana, it felt like home. Sangat seronok.

*dah panjang sangat dah entry ni. Maaf yek....*

Sunday, June 17, 2012

Movie Review 6: Snow white and The Huntsman

Salam semua.

Dah lama tak buat movie review. Bukan tak tengok movie, tapi jari ni malas sangat. *pap!! pukul jari sendiri*

Jadi mak tengok movie ni Sabtu lepas dengan hubby and adik mak. Ada kisah masa tengok movie ni tapi nanti mak letak lepas abeh review.

So this movie is basically a new rendition of Snow White and the 7 Dwarfs yang kita selalu baca or tengok masa kecik dulu. Watak yang sama ada dalam ni, cuma tambah The Huntsman. *or mak yang tak pernah tau ada watak Hunstman dalam Snow White asal?* Cuma yang lainnya, masa mula2 Snow White jumpa dwarfs tu, ada 8 orang. lepas kena serang dengan geng adik mak tiri Snow White yang jahat, baru tinggal 7 lepas mati sorang. Puas mak ngan hubby mak mengira dari mula keluar watak dwarfs ni. And the ending also differ from the fairy tale. Ending yang tak disangka and mak tak suka! *mak ni typical suka ending fairy tale sebab cikgu kan? Selalu bacakan anak2 murid cerita dongeng*

But nevertheless, the team had done a good job. The graphic, CGI and all adalah bagus. The soundtrack pun terbaik. Mak suka lagu penamat dia tu, nak tunggu tengok lagu apa tapi sebab nak kejarkan Asar, mak keluar je dari panggung. *sebenarnya hubby dah bagi signal dehem banyak2 kali*

sinopsis movie ni mak celup je dari website lain sebab mak malas tulis. haha *ampun yek* Anda boleh baca dengan klik ---> ini.

Dan ini beberapa point mak tentang movie ni:

1) Mak banyak baca ramai orang cakap Kristen Stewart berlakon tak best dalam movie ni sebab dia banyak terpengaruh dengan watak Bella dalam Twilight. But as for me, that is who she really is. Mak ada tengok movie dia yang lain, and memang reaction, expression, muka, gaya dia adalah begitu. Dia memang pelakon yang ada muka yang expressionless. Macam takde jiwa. Bagi mak, she did well in this movie. Tapi maybe sebab kita dah biasa tengok dia dalam sequel Twilight, so kita tak dapat bezakan dia dengan movie lain. Sama lah macam mak tengok abang Robert Pattinson *idaman hati jejaki seluruh dunia* dalam movie lain macam Remember Me pun, mak tak dapat terima at first sebab mak terbiasa tengok dia as Edward Cullen. But then, bagi mereka ruang, peeps. Tak mudah nak keluar dari roh watak tu bila dah terlalu lama dengan watak tu. :)

2) Charlize Theron indeed adalah yang terbaik dalam movie ni. She did really well that I despised her the most masa tengok movie ni. Her screams, her face, her movement, memang wallaweh! :)

3) William? Err..Hensem. kikiki

4) The Huntsman? Er...no komen. ;p

5) Overall, jalan cerita yang baik. Twist dari fairy tale yang biasa and bawak audience ke ending yang bukannya ending cerita dongeng biasa. Good job guys! :)


Kisah di sebalik movie ni:
Mak n hubby cadang mula2 nak tengok kat Sunway Pyramid Jumaat tu, sambil2 pegi beli makanan Cing dengan Compok. Tapi punyala ramai Ummat manusia ari tu. Nak beratur pun tak lalu! Last2 hubby beli tiket gsc online pakai fon. Tapi kami kena gi Summit USJ. Takpelah, dekat je pun Summit dengan Sunway Pyramid. Bila dah masuk panggung, syok2 tengok movie, dan dan bila sampai part Charlize Theron jerit "LOYALTY, LOYALTY, LOYALTY!" *kalau anda tengok movie ni, anda akan tahu part mana* sekali panggung gelap. Movie stopped kat situ. Kami tunggu jugak, kot2 nak buat lawak si GSC ni. Sekali masuk mamat sorang tu, kata Summit BLACKOUT. So kami boleh either tunggu electric datang balik or refund je tiket. apakah??? Hubby and me decided to refund the ticket je. jadinya, kami sambung tengok movie ni esoknya kat Bukit Raja pulak. huhu T_T

Sekian...

*tepuk la sikit oi..penat mak cerita*

Saturday, June 16, 2012

Alkisah Jodoh?

Salam semua.

Dah lama kan mak tak apdet dengan bebelan mengarut? Actually mak banyak benda nak menulis, tapi selalu je penyakit mim alif lam sin tu mengganggu. Kuat betul penangan penyakit tuh sampai even ada mentol banyak2 menyala kat otak mak ni, sanggup badan ni abaikan begitu sahaja. Tapi, kali ni insyaAllah mak akan cuba mengabehkan tulisan ini.

Anda percaya pada jodoh?

Ada apa pula dengan jodoh tu?

Kenapa kali ni mak memilih untuk menulis tentang jodoh? Ada sebabnya...

Yang sebenarnya, suami mak ada rakan sebilik-rumet lah kata pendeknya. rumet dia ni belum kawen lagi, umor lebih 2 tahun dari umor mak n suami mak. Alkisahnya, mak pun ada sorang kawan cikgu satu sekolah yang umor lebih 2 tahun jugak dari mak, and masih mencari bakal suami. Mak pun setelah berbincang *konon* dengan suami mak, mak cadangkan nak kenalkan rumet suami mak dengan kawan mak nih.

Puas mak cerita pasal kawan mak ni kat rumet suami mak masa mak gi melawat suami mak kat Kapit cuti beberapa bulan lepas. Dia nampak macam ok, tapi tak nak bagi kata putus. Nak dia tak kata, Tak nak pun dia tak sebut. Mak pulak, bila balik semenanjung, cuba lah cakap ngan kawan mak. Cerita serba sikit tentang rumet suami mak ni. kawan mak ok, line clear. Setuju je nak dikenalkan. Mak pun dah tunjuk gambar rumet suami mak, dia kata ok je. :)

Cuti sekolah penggal 1 lepas, rumet suami mak balik sama semenanjung sama ngan suami mak. Nak tunggu flight ke Kedah malam tu lepas sampai KL tengahari tu, mak bawak dia gi IKEA. Ngidam meatball katanya. Sambil2 tu, mak cuba lagi cucuk2 jarum. Mak kata nak bagi no fon dia kat kawan mak, n vise versa. Dia tetap tak bagi kata putus. Bagi pun tak kata, Tak bagi pun tak sebut. Last2 mak hampir give up. Bila mak bagitau kawan mak, dia pun sama. Dia kata kalau rumet suami mak tak nak, takpelah. Jadi mak rasa mak nak berhenti di situ. Lantaklah diorang. Rumet suami mak ni katanya belum ready nak share hidup dia dengan sape2.

 Alkisahnya...

Suami mak suruh tanya kawan mak dia sekolah menengah kat mana dulu sebab kebetulan pulak, rumet suami mak ni pernah sekolah kat Langkawi, kampung kawan mak tu. Mak pun tanya...bila kawan mak dah jawab, mak bagitau suami mak, suami mak pun tanya rumet dia...

Rupa-rupanya...

Kawan mak dengan rumet suami mak ni SATU KELAS masa form 2 dulu kat satu sekolah menengah di Langkawi tuh. Kebetulan pulak rumet suami mak ni memang pernah cite kat suami mak dia pernah sekolah kat Langkawi satu ketika dulu. Tu yang dia suruh mak tanya kawan mak tuh. Dan-dan rumet suami mak tanya kawan mak *melalui mak* dia kenal tak MEGAT.

Haruslah kawan mak kenal! Sebab katanya Megat tu musuh ketat dia masa kat skolah! Diorang selalu fight untuk dapat no 1 kat kelas tu. And rumet suami mak selalu kalah kat kawan mak. Lah, sebelum ni bukan main lagi masa mak tunjuk gambar kawan mak kat rumet suami mak n vise versa, dua2 takde pun nak cam muka masing2. Rupanya dua2 menyimpan kenangan dari zaman sekolah menengah sampai sekarang. Dan rumet suami mak pun ada bagitau suami mak, dia memang dah lama cari musuh ketat dia nih. And finally, dia sendiri yang mintak no fon kawan mak tu. Alhamdulillah.

Sekarang? Mak tak tau la rumet suami mak tu dah kol kawan mak ke belum. Mak harap dah la. Jalan dah terbukak ni, tinggal usaha masing2 and DOA je. :)

Mak doakan semoga ada yang baik untuk mereka berdua ni. Amin..

Mak excited ni nyah! Sebab mak tak sabar nak tengok diorang berbaik! Semoga diorang berjodoh! Aminnnnnnnn :) *moh 40 orang aminkan doa mak ni. moga2 hujung tahun ni naik pelamin*

Jadi...

anda percaya pada jodoh?

:)

*mak pun ada kisah sendiri tentang jodoh ni dengan suami mak. Nanti mak cerita*

Thursday, June 14, 2012

lebih mudah mengatakan dari melakukan.

kadang-kadang,
bila kita berjalan,
orang akan menegur;
kenapa jalannya lurus sahaja? tak mahukah belok ke kanan atau ke kiri?
sedangkan kita sudah punya matlamat dan hala tuju sendiri.

lalu,
kita pun mengikut kata mereka.
dari jalan yang lurus, kita ke kanan atau ke kiri.
sudahnya, matlamat entah ke mana,
hala tuju dipandang sepi.

mereka yang menegur tadi,
tiba-tiba hilang lesap.
sesudah kita sesat di jalan yang diberitahu,
mereka pun hilang,
menjadikan kita tergagau mencari arah pulang sendiri.

itulah manusia.

tidak pernah berpuas hati dengan apa yang orang lain lakukan.
mahu yang lain mengikut cara mereka sahaja.
walaupun tidak punya kaitan dengan diri mereka,
mereka tetap mahu punya bahagian dalam memberi arah tuju.

tak salah.

memang tak salah mendengar nasihat dan kata-kata orang lain.
walaupun di akhirnya, kita sendiri yang akan tersesat.
tapi berpijaklah di bumi yang nyata.
mereka tidak lalui apa yang kita lalui.
mereka sekadar melihat dengan mata kasar.
di hujungnya susah payah senang kita sendiri.

ya, lebih mudah mengatakan dari melakukan.

sesungguhnya.
 

Template by Best Web Hosting