Pages

Wednesday, May 01, 2013

Gemuk itu Cantik!


Selalu je kalau tengok baju-baju cantik n gojes gila online, mesti geram bila tengok saiz yang di offer. Mesti selalu terlintas kat hati, kenapa la aku tak kurus macam depa tu? Teringin nak pakai baju berfesyen-fesyen macam orang-orang kurus.

Tapi, takpelah. Dah nasib badan nak besar cenggini, nak buat macam mana kan? sape suruh berenti main futsal n sukan dengan tiba-tiba. memang lah badan naik cepat. Nak naik bukan main cepat, nak turun bukan main seksa lagi. T_T

Tapi jangan bimbang. Untuk orang-orang seperti saya, yang kalau cari seluar selalu kena cari saiz besar sebab nak cover kelebaran punggung, anda mungkin akan bertemu penyelesaian.

Silalah jenguk laman ini:

http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/

Seriously baju dan seluar untuk saiz besar yang ditawarkan agak menarik, dengan harga yang berpatutan. Dan rasanya dah 2-3 kali jugak deal dengan beliau, memang sangat efficient. Nak beli dan pos boleh, nak pick up sendiri kat rumah dia pun boleh. Tapi ada certain masa la boleh pegi pick up. :) Kena buat appointment dengan dia dulu.

So far, baju n seluar yang dibeli agak memuaskan hati. Tak banyak songeh, dealing nak beli apa-apa pun sangat senang. I recommend this website to you yang nak mencari kelainan berfesyen walaupun kita bersaiz besar. :)

Another website is:

http://eleisurefashionhouse.blogspot.com/

Atau anda boleh bukak page dia kat facebook:

https://www.facebook.com/EQueen.PlusSize

Yang ni pun setakat ni dah beli 2 baju, memang  berbaloi. :)

So, jangan sedih lagi, peeps. Jangan malu berbadan besar. Yang penting keyakinan kita tu (Sila refer quote dari Adele di atas). Okeng?



ps: Gemuk itu cantik!

0 ::sok sek:::

 

Template by Best Web Hosting